• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu

Oleh
ILB - AI
3 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Sirih lambang rendah diri dan kehormatan hidup orang Melayu

Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu. Orang dulu-dulu sememangnya sudah menjadi kebiasaan harian mereka makan sirih dan pinang. Tetapi, tahukah kita bahawa adat sirih dan pinang ini memiliki maknanya tersendiri.

Salah satunya adalah melambangkan kerendahan diri dan kehormatan dalam diri individu dalam kalangan masyarakat Melayu kerana dilihat daripada cara hidup pokok sirih itu sendiri yang menjalar dan memanjat tanpa merosakkan tumbuhan perumah.

Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu
Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu. Sumber gambar: ROOT OF SCIENCE

5 elemen digabung dengan sirih lambang 5 rukun Islam dan tepak sirih sebagai pelengkap majlis

Ada sesetengah masyarakat Melayu memakan sirih dan pinang ini sekali dengan kapur, tembakau, cengkih dan gambir. Apabila sekapur sirih ini dicantumkan menjadi satu, maka ianya menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu yang tinggi dengan adat dan nilai. Bahkan 5 elemen ini digabungkan dengan sirih juga melambangkan lima rukun Islam.

Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu
Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu. Sumber gambar: TERATAK MINDA

Bukan itu sahaja, adat sirih dan pinang ini juga disimbolikkan sebagai alat komunikasi tanpa lisan terutamanya dalam adat meminang, bertunang dan berkahwin. Dalam majlis sedemikian, penggunaan tepak sirih dan sirih junjung dianggap sebagai penyeri dan pelengkap sesuatu majlis dengan penuh beradat.

Sirih ada khasiat untuk kesihatan

Dalam masyarakat Melayu juga, sirih ini ada memberikan khasiatnya dari segi perubatan. Contohnya yang paling dekat dengan kita adalah penggunaan sirih dalam menjaga kesihatan kewanitaan kaum wanita terutamanya bagi seorang isteri atau wanita selepas bersalin.

Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu
Ketahui Makna Disebalik Adat Sirih Pinang Dalam Kalangan Masyarakat Melayu. Sumber gambar: HARAPAN RAKYAT.com

Tetapi, seperti yang kita lihat disekeliling kita hari ini, amalan dan adat sirih dan pinang ini semakin kurang diamalkan dan orang tua kita juga semakin moden tanpa perlu melihat mereka memakan sirih dan pinang seperti orang dulu-dulu lagi.

Orang Melayu memang terkenal dengan adatnya seperti di dalam artikel dibawah:

Ketahui Simbolik 3 Bahan Utama Nasi Temuan Dalam Adat Perkahwinan Melayu Sarawak
Kenali Amalan Perarakan Usungan Tradisi Unik Masyarakat Melayu Pesisir Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rupa-Rupanya Untuk Kegunaan Berbeza, Ini Fungsi Papan Pemotong Berdasarkan Warna Rupa-Rupanya Untuk Kegunaan Berbeza, Ini Fungsi Papan Pemotong Berdasarkan Warna
Next Article Ada Lagi, Kali Ini Tular Rakaman CCTV Lelaki Curi Beg Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?