• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan

Oleh
Ismail NA
6 April 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Anda orang yang selalu ‘kecundang’ bila pergi ke Bazaar Ramadan? Ikuti panduan ini.

Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan. Setiap kali munculnya bulan puasa, Bazaar Ramadan adalah tempat di mana anda semua boleh mendapatkan aneka jenis makanan yang kadang kala sukar untuk anda temui di hari biasa.

Namun, kerap kali nafsu mendorong kita untuk membeli juadah lebih daripada jumlah yang sepatutnya dan akhirnya membawa kepada pembaziran. Hmm.

Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan
Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan. Gambar hiasan.

Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 5 teknik berkesan untuk anda kawal nafsu membeli sewaktu berkunjung ke Bazaar Ramadan. Jom, lessgo!

1

Senaraikan makanan atau menu yang diingini sebelum turun ke bazaar

Ramai yang gagal untuk menahan nafsu tatkala pergi ke Bazaar Ramadan. Hajat asalnya nak beli makanan sikit, tapi bila keluar sampai tak cukup tangan nak bawa plastik makanan kan? Nah, inilah pentingnya merancang sebelum turun ke Bazaar Ramadan.

Menentukan menu apa yang hendak dimakan sewaktu berbuka dan menyenaraikan juadah yang diingini boleh memastikan anda fokus semasa membuat pembelian.

Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan
Startup Stock Photos
2

Hadkan pembelian kepada 2 hingga 3 jenis hidangan sahaja

Percayalah, anda akan cepat berasa kenyang semasa anda berbuka puasa. Jadi, kebiasaannya, purata juadah yang mencukupi untuk berbuka puasa hanyalah 2 hingga 3 juadah sahaja. Amalkan pembelian nisbah juadah seperti 1 hidangan berat seperti set nasi, lauk pauk dan 2 hidangan ringan seperti kuih muih.

Bahkan, jenis hidangan ini boleh juga dimakan sehingga ke waktu moreh. Taklah cepat bosan kan? Esok boleh beli juadah lain pula.

Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan
Kredit foto: Nora Azni
3

Tetapkan bajet atau bawa duit ‘pecah’

Jangan lupa untuk tetapkan bajet pembelian bagi menyelamatkan kewangan anda. Percaya atau tidak, satu kali pembelian di bazaar Ramadan kadangkala boleh menjangkau lebih RM 100 jika tidak diuruskan dengan baik.

Cara yang paling berkesan adalah dengan membawa duit ‘pecah’ atau duit dalam bentuk tunai. Bila duit tunai dah habis, itu tandanya masa untuk anda pulang dan menyediakan juadah tersebut untuk berbuka pula. Kami sarankan jumlah paling banyak anda bawa dalam bentuk tunai adalah RM 30-40.

Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan
Kredit foto: SoyaCincau.com
4

Periksa tahap kebersihan gerai sebelum membuat pembelian

Bagi memastikan anda tidak membeli makanan yang tercemar atau dibuat dalam keadaan yang tidak bersih, anda juga boleh memeriksa tahap kebersihan gerai sebelum memutuskan untuk membeli. Pastikan makanan yang dihidangkan untuk dijual tertutup dan tidak terdedah dengan persekitaran luar atau lalat yang boleh mengotorkan makanan.

Tak best lah kalau makanan nampak je sedap tapi tak bersih. Nanti sakit perut, sapa yang nak tanggung, kan?

5

Hindari makanan yang terlalu berminyak, manis dan ‘overload cheese’

Sekali sekala tak salah makan makanan seperti ini. Namun, badan anda memerlukan hidangan penuh yang berkhasiat bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang setelah seharian berpuasa. Kalau boleh, pilih lah menu makanan yang mengandungi zat lengkap seperti karbohidrat, protein, serat dan vitamin. Contoh yang paling mudah didapati di bazaar Ramadan adalah seperti set nasi ayam penyet, dan nasi campur dengan lauk pauk yang pelbagai.

Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan
Kredit foto: iProperty

Makanan yang terlalu berminyak, manis dan ‘overload cheese’ boleh memudaratkan kesihatan anda dalam jangka masa yang lama jika dimakan secara lazim. Apatah lagi waktu untuk anda makan di bulan puasa adalah sangat terhad.

Semoga panduan yang kami senaraikan ini bermanfaat dan dapat dipraktikkan semasa anda membuat pembelian di Bazaar Ramadan. Ingat, membazir itu amalan siapa? Haa, anda tahu jawapannya.

Buffet Ramadan pun macam best kan? Ini tempat yang menawarkan hidangan buffet mengikut bajet di Kuching :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rangka Manusia Ditemui Di Australia, Mangsa Didapati Kerja Sebagai 'Penjaga' Ladang Ganja Rangka Manusia Ditemui Di Australia, Mangsa Didapati Kerja Sebagai ‘Penjaga’ Ladang Ganja
Next Article Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?