• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah

Oleh
Nazihah AN
6 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah

Menu yang sihat yang lengkap untuk dijadikan dessert.

Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah. Buah-buahan merupakan makanan yang sangat digemari kanak-kanak setiap peringkat umur. Selain mengenyangkan, ianya merupakan menu yang sihat yang lengkap untuk dijadikan dessert.

Di sini kami sediakan 2 resepi yang menarik untuk dihidangkan bersama keluarga semasa berbuka nanti. Dan yang paling penting anda tidak perlu pening fikirkan makanan untuk anak-anak anda. Resepi ini cepat dan sangat mudah, sesuai untuk kanak-kanak.

Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah
Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah. Sumber gambar: The Unlikely Baker

1

Kek Mangga Fresh Cream

Sesuai untuk 4 hidangan

Bahan-bahan (untuk 2 lapisan) :

  • 1 sudu besar Graham hancur
  • 20 keping biskut Graham
  • 1 cawan Nestle All Purpose Cream
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 2 cawan mangga susu yang dihiris nipis

Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah
Sumber gambar: Booky

Cara-cara pembuatan:

  1. Masukkan 1 cawan Nestle All Purpose Cream di dalam mangkuk besar dan pukul sehingga ia kembang dan nampak gebu dan yang penting sekali ianya soft peak.
  2. Tambah susu pekat dan gaul perlahan sehingga ianya nampak sebati.
  3. Dalam acuan yang berbentuk segi empat atau loyang 8×8, susun biskut Graham 8 hingga 10 keping untuk lapisan pertama.
  4. Kemudian sapukan fresh cream di atas susunan biskut Graham. Sapu dengan rata.
  5. Susun hirisan mangga di atas acuan tersebut dan lapiskan lagi sekali dengan fresh cream.
  6. Lapiskan lagi dengan biskut Graham, ulang langkah di atas ikut citarasa anda.
  7. Anda boleh hiaskan lapisan atas dengan hirisan mangga susu dan graham yang dihancurkan.
  8. Simpan di dalam peti sejuk dan biarkan selama 3 jam.
  9. Sedia dihidangkan.

P/s: Anda juga boleh gantikan buah mangga susu dengan buah pic (peach) atau mana-mana buah kegemaran anda!

Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah
Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah. Sumber gambar: Kawaling Pinoy

2

Kek Buah Koktail Berkrim

Sesuai untuk 6 hidangan

Bahan-bahan:

  • 2 tin (15oz. setiap satu) All Purpose Cream
  • 1 tin (14 oz.) susu pekat sejuk
  • 18 keping biskut Graham
  • 1 tin (30 oz.) koktel buah yang sudah ditoskan

Sangat Menyegarkan! Sesuai Untuk Seisi Keluarga, Ini Adalah Resipi Kek Buah-Buahan Yang Sangat Mudah
Sumber gambar: Philipinas Recipe

Cara-cara pembuatan:

  1. Masukkan 2 tin All Purpose Cream dan 1 tin susu pekat sejuk. Pukul adunan sehingga ianya mula mengembang dan nampak gebu. Ketepikan
  2. Sediakan loyang 8×8, susun satu lapisan biskut Graham ke dalam loyang tersebut.
  3. Sapukan 1/3 daripada krim tadi di atas lapisan biskut Graham tadi.
  4. Letakkan buah-buahan koktel di atas lapisan krim tadi. Dan ulang langkah di atas ikut citarasa anda.
  5. Tutup loyang tersebut dengan Crystal Wrap dan simpan di dalam peti sejuk kira-kira 1 jam.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Lagi resipi menarik untuk berbuka di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Keracunan Dan Pembaziran, Ini 5 Teknik Membeli Juadah Berbuka di Bazaar Ramadan
Next Article Sempena Perayaan Aidilfitri Dan Gawai, Sarawak Umum Bonus Sebanyak RM 500 Bagi Penjawat Awam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?