Pelik tapi benar, pasangan dari India ini sanggup adakan majlis perkahwinan di dalam pesawat untuk elak sekatan COVID-19.
Elak Sekatan COVID-19, Pasangan Pengantin Adakan Majlis Dalam Pesawat Bersama 160 Tetamu Jemputan. Gara-gara ingin mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, pasangan pengantin di India mengambil keputusan untuk adakan majlis perkahwinan mereka ketika berada di udara.
Sewa sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka bersama 160 tetamu jemputan
Menurut laporan BBC, pasangan tersebut menyewa sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka bersama 160 tetamu jemputan.
Rakaman majlis tersebut turut dikongsi di akaun media sosial dan kini dalam siasatan pihak berkuasa.
Pesawat berkenaan dipercayai berlepas dari Tamil Nadu yang mengehadkan bilangan tetamu majlis perkahwinan kepada 50 jemputan sahaja.
Seorang anak kapal yang bertugas ketika kejadian, telah digantung kerja.
Seorang pegawai daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) memberitahu Times of India, seorang anak kapal yang bertugas di pesawat SpiceJet ketika kejadian, telah digantung kerja.
Menurut jurucakap SpiceJet pula, pesawat Boeing 737 tersebut ditempah untuk perjalanan dari Madurai ke Bangalore bagi membawa pasangan pengantin itu berbulan madu, lapor Indian Express.
Jelasnya ketika membuat tempahan, pasangan berkenaan telah diberitahu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan syarikat berkenaan serta larangan adakan sebarang majlis di dalam pesawat.
Rakesh-Dakshina from Madurai, who rented a plane for two hours and got married in the wedding sky. Family members who flew from Madurai to Bangalore after getting married by SpiceJet flight from Bangalore to Madurai. #COVID19India #lockdown @TV9Telugu #weddingrestrictions pic.twitter.com/9nDyn3MM4n
— DONTHU RAMESH (@DonthuRamesh) May 23, 2021
India kini berdepan gelombang kedua COVID-19 dengan angka korban melepasi 300,000 kes
Dalam pada itu, India kini berdepan gelombang kedua COVID-19 dengan angka korban melepasi 300,000 kes, menurut data Kementerian Kesihatan.
Hospital dan pusat pembakaran mayat sesak sejak beberapa minggu lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksigen selain pembakaran mayat dilakukan sepanjang hari.
Ramai yang tidak mampu membayar kos pembakaran mayat terpaksa tanam ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 di tepi sungai Ganges secara haram.
Mayat mangsa turut dilaporkan terapung di sungai berkenaan.