• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri

Oleh
Husna Hazmi
25 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kebanyakan kes positif yang dikesan dalam tempoh seminggu lalu merupakan kontak rapat melibatkan aktiviti ziarah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri. Dilaporkan bahawa kes COVID-19 di Sarawak mengalami peningkatan ketara selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan 3,272 kes positif COVID-19 antara tempoh 9 Mei 2021 hingga 15 Mei 2021.

Isi Isi Penting
  • Kebanyakan kes positif yang dikesan dalam tempoh seminggu lalu merupakan kontak rapat melibatkan aktiviti ziarah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
  • Keadaan terus bertambah buruk
  • Bulan Mei mencatat jumlah kematian tertinggi dengan purata tiga kematian sehari
  • Pergerakan individu merentas negeri serta daerah dan penganjuran majlis perayaan menjadi punca utama peningkatan risiko penularan
  • Terus patuhi SOP dan daftarkan diri untuk divaksinasi
  • Pada hari ini pula Sarawak telah mencatat sebanyak 513 kes positif Covid-19 dan Malaysia pula mencatat kes tertinggi pada hari ini dengan 7,289 kes baharu.
Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri
Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri

Keadaan terus bertambah buruk

Keadaan terus bertambah buruk pada minggu berikutnya, 16 Mei 2021 sehingga 22 Mei 2021 dengan 3,642 kes dicatat bersamaan purata 596 kes sehari.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), sejak 11 April 2021 negeri Sarawak terus menunjukkan peningkatan kes dengan melebihi 300 kes setiap hari menjadikan kumulatif kes setakat 24 Mei 2021 berjumlah 42,813 kes.

Pemangku Pengarahnya, Dr Rosemawati Ariffin berkata kebanyakan kes positif yang dikesan dalam tempoh seminggu lalu merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

“Antara kluster yang terlibat adalah Kluster Taman Sourabaya Indah dan Kluster Jalan Jambatan Gantung di Daerah Kuching.

“Sementara itu, Daerah Kabong juga melaporkan peningkatan kes COVID-19 melalui jangkitan dalam kalangan saudara-mara yang berkunjung semasa Hari Raya yang mengubah status daerah ini kepada zon kuning,” katanya dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa.

Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri

Bulan Mei mencatat jumlah kematian tertinggi dengan purata tiga kematian sehari

Dalam perkembangan sama, kes kematian COVID-19 di Sarawak juga meningkat dengan mendadak dari purata satu kematian sehari pada bulan Mac (29 kes) kepada purata dua kematian sehari pada bulan April (69 kes).

Manakala bulan Mei mencatat jumlah kematian tertinggi iaitu 74 kes bersamaan purata tiga kematian sehari.

Di samping itu pula, status pesakit COVID-19 di hospital, Dr Rosemawati memberitahu setakat Selasa, 83 kes masih berada dalam keadaan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 32 kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keadaan ini menjadikan kapasiti katil ICU di Sarawak ketika ini berada di paras yang amat kritikal.

Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri

Pergerakan individu merentas negeri serta daerah dan penganjuran majlis perayaan menjadi punca utama peningkatan risiko penularan

Tambahnya lagi, penilaian risiko jangkitan yang dilakukan JKNS mendapati bahawa pergerakan individu merentas negeri serta daerah dan penganjuran majlis perayaan menjadi punca utama peningkatan risiko penularan wabak tersebut.

“Masyarakat di Sarawak diseru agar terus kekal berada di rumah sahaja sekiranya tiada urusan penting serta dilarang daripada merentas daerah untuk balik kampung bersempena cuti sambutan Hari Gawai Dayak pada tahun ini.

“Sayangilah keluarga dan lindungi warga tua di kampung atau rumah panjang dengan tidak membawa balik virus COVID-19 yang boleh membawa maut ini,” katanya.

Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri

Terus patuhi SOP dan daftarkan diri untuk divaksinasi

Susulan itu JKNS menyeru kepada semua untuk terus mematuhi SOP dan daftarkan diri untuk divaksinasi agar imuniti kelompok dapat dicapai.

“JKNS menyeru kepada semua warga yang belum berdaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 agar bertindak sekarang dengan membuat pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, laman web JKJAV atau di Pejabat Daerah berdekatan.

“Kami amat memerlukan kerjasama daripada semua warga di Sarawak agar kadar imuniti kelompok yang mencukupi boleh dicapai bagi membendung jangkitan COVID-19 di Sarawak,” ujarnya.

Untuk rekod Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada 10 Mei lalu telah memutuskan sambutan Aidilfitri di Sarawak hanya dibenarkan pada hari raya pertama dengan kehadiran keluarga terdekat sahaja.

Peningkatan Kes COVID-19 Ketara Di Sarawak, Selepas Perayaan Aidilfitri

Pada hari ini pula Sarawak telah mencatat sebanyak 513 kes positif Covid-19 dan Malaysia pula mencatat kes tertinggi pada hari ini dengan 7,289 kes baharu.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Elak Sekatan COVID-19, Pasangan Pengantin Adakan Majlis Dalam Pesawat Bersama 160 Tetamu Jemputan
Next Article Hanya 2 Kali Setahun, Nantikan Fenomena Istiwa A’dzam 28 Mei Ini Untuk Anda Atur Kembali Arah Kiblat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?