• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Elmyn Dan Cameron, 2 Pelumba Sarawak Bawa Nama Malaysia Ke FIA Rally Star

Oleh
ILB - AI
17 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

4 peserta dan 2 daripadanya adalah anak muda Sarawak yang akan mewakili Malaysia.

Elmyn Dan Cameron, 2 Pelumba Sarawak Bawa Nama Malaysia Ke FIA Rally Star. LD Motorsports Club dan Wheelspin Motorsports dari Semenanjung Malaysia akan menghantar wakil untuk sukan permotoran FIA seramai 4 peserta. Mereka akan mewakili Malaysia dalam acara sukan permotoran yang akan dilangsungkan di Litar Antarabangsa Madras di India pada 2 hingga 4 September kelak.

Elmyn Michael, 26 berasal dari Miri dan Cameron Kechendai James, 22 pula berasal dari Kuching adalah antara dua nama anak muda Sarawak yang akan mewakili Malaysia untuk bersaing dalam acara perlumbaan FIA (Federation Internationale de I’Automobile) Rally Star.

Elmyn Dan Cameron, 2 Pelumba Sarawak Bawa Nama Malaysia Ke FIA Rally Star
Elmyn Dan Cameron, 2 Pelumba Sarawak Bawa Nama Malaysia Ke FIA Rally Star. Sumber gambar: dayak daily

Majlis penyerahan bendera Sarawak.

Dato Gerald Rentap Jabu yang merupakan Menteri Muda Belia dan Sukan, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak turut memberikan jutaan tahniah kepada mereka berdua dalam majlis penyerahan bendera Sarawak.

Majlis penyerahan ini diadakan untuk meraikan kejayaan mereka berdua kerana dalam masa yang sama mereka berdua telah mengharumkan nama Sarawak.

Elmyn Dan Cameron, 2 Pelumba Sarawak Bawa Nama Malaysia Ke FIA Rally Star
Sumber gambar: dayak daily

Menurut beliau juga, kementeriannya sangat mendokong dan memberi sokongan penuh untuk anak muda dengan aktiviti sedemikian. Bahkan, beliau juga menyatakan bahawa kementerian akan berusaha untuk memperuntukkan dana untuk membangunkan tempat yang sesuai untuk aktiviti permotoran di Sarawak.

Majukan sukan permotoran terutamanya di Sarawak.

Selain itu, Senator Dato Ahmad Ibrahim, presiden Persatuan Permotoran Negeri Sarawak (SMA) berharap supaya kerajaan, sesetengah perbadanan dan pemain perlu bersatu dalam hal ini. Dalam kita bergembira dengan kejayaan Elmyn dan Cameron membawa nama Sarawak dengan pencapaian di peringkat antarabangsa ini, penting untuk kita berusaha untuk lebih maju ke hadapan.

Dengan kejayaan ini juga ianya merupakan batu loncatan dalam pembangunan aktiviti sukan permotoran di Sarawak. Bahkan, beliau juga berharap pihak yang berkaitan sama-sama berusaha untuk menjadikan Sarawak lebih dikenali dengan dalam arena sukan permotoran.

Selain sukan permotoran, ada beberapa aktiviti sukan yang ada di Sarawak, seperti:

SUMBER :dayak daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Port Hiking Yang Popular Di Sabah
Next Article ‘King’ Myvi Mengamuk Di Hon Kerana Tak Beri Signal Dan Potong Guna Laluan Kiri Di Inanam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?