• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini

Oleh
Husna Hazmi
9 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Mari semua orang Sarawak, meriahkan Regatta kita nanti!

2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini. Berita baik buat seluruh warga Sarawak dan Malaysia! Acara penting penuh bersejarah, Sukan Regatta Air Sarawak akan diadakan pada bulan November tahun ini.

Regatta ini telah diperkenalkan sejak era pemerintahan Rajah Brooke pada tahun 1872 yang pada asalnya untuk memupuk semangat setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum pada zaman tersebut. Acara ini kemudiannya diteruskan sehingga ke hari ini.

2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini
2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini

Salah satu acara paling ikonik negeri ini

Acara ini merupakan salah satu acara paling ikonik negeri ini yang memang dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Bukan setakat anda boleh melihat perlumbaan perahu panjang dan lumba perahu naga antarabangsa, temasya ini juga turutr dimeriahkan dengan pelbagai pameran, jualan dan menjadi titik pertemuan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.

2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini

Memperkenalkan keunikan adat dan budaya

Sukan Regatta Air Sarawak ini juga merupakan acara wajib tahunan bagi negeri ini dan ia juga merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan keunikan adat dan budaya, mewujudkan semangat perpaduan, toleransi dan muhibah di antara masyarakat di Sarawak.

Setelah 2 tahun tidak diadakan akibat pandemik Covid-19, diharapkan agar penganjuran Sukan Regatta Air pada tahun ini lebih berprestij memandangkan ia adalah ikon atau penanda aras Regatta terulung di Malaysia khususnya di Borneo Sarawak.

Lagi di sini acara menarik di Sarawak yang anda perlu ketahui:

SUMBER :Regatta Sarawak Bumi Kenyalang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Buaya Mengganas, Remaja Di Lundu Hampir Dibaham Di Atas Perahu
Next Article Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya Coway Atau Cuckoo? Lelaki Ini Tampil Membantu Anda Membezakan Keduanya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?