• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gaduh Di Hadapan Kedai Serbaneka, Empat Lelaki Dipenjara Tiga Bulan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
14 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Gaduh Di Hadapan Kedai Serbaneka, Empat Lelaki Dari Kuching Dipenjara Tiga Bulan

Mereka ditahan bersama senjata

Gaduh Di Hadapan Kedai Serbaneka, Empat Lelaki Dipenjara Tiga Bulan Di kuching. Empat lelaki tempatan yang terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam pada Ahad lalu, masing-masing dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching hari ini.

Bryan Fong Hung Xuan, 21, Michael Entalang Lium, 27, Sim Chit Sin, 31, dan Lee Khai Sieng, 36, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Gaduh Di Hadapan Kedai Serbaneka, Empat Lelaki Dipenjara Tiga Bulan Di Kuching
Gaduh Di Hadapan Kedai Serbaneka, Empat Lelaki Dipenjara Tiga Bulan Di Kuching. Sumber: Suara Sarawak

Menurut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama melakukan rusuhan menggunakan senjata, iaitu pedang samurai dan pisau, di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Datuk Stephen Yong sekitar jam 1 pagi, 9 Jun lepas.

Oleh itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu, yang merupakan anggota polis, bersama rakan setugasnya sedang membuat rondaan cegah jenayah dan terserempak dengan kesemua tertuduh yang sedang bergaduh.

Kesemua mereka membawa senjata seperti kayu, pedang samurai, dan pisau.

Akibat kejadian tersebut, seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan jari tangan sebelah kanan.

Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan dan senjata yang digunakan turut dirampas, termasuk sebuah kenderaan jenis Hyundai Atos.

Hasil siasatan mendapati kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rusuhan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala Bryan Fong diwakili Peguam Russell Lim, dan Khai Sieng diwakili Peguam Patrick Voon. Dua tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Penganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki
Terkandas Di Jalan Sunyi, Vlogger Dari Taiwan Tersentuh Dengan Sikap Murni Orang Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki Penganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki
Next Article Dari New Zealand Ke Bumi Kenyalang, Kenali Laura Munan Penyanyi Berbakat Asal Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?