• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki

Oleh
Aina Musa
14 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Penganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian

Penganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki. Seorang penganggur didakwa membunuh bapa saudara di Kampung Haji Baki, Kuching. Seorang lelaki yang menganggur telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh bapa saudaranya di Kampung Haji Baki awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Khairulnizam Abdullah, 27, kerana kes pembunuhan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pengganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki
Penganggur Bakal Berhadapan Hukuman Mati, Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki. Sumber: The Borneo Post

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan 24 Julai untuk sebutan lanjut kes tersebut, sementara Mohd Khairulnizam diperintahkan untuk terus direman di Penjara Puncak Borneo.

Mohd Khairulnizam didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Mail Johari, 55, di hadapan sebuah rumah di Kampung Haji Baki, Jalan Batu Kitang, Padawan.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dihukum dengan minimum 12 sebatan selepas disabitkan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut antara jam 8.30 malam dan 8.50 malam pada 3 Jun.

ASP Arman Ibrahim mengendalikan pendakwaan sementara Mohd Khairulnizam tidak diwakili oleh peguam.

Kes tersebut disiasat oleh Inspektor Mohammad Fadini Noni dengan bantuan daripada Sarjan Ridvaner Haddi.

Dalam satu kenyataan awal bulan ini, Ketua Polis Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata Mohd Khairulnizam ditangkap atas dakwaan membunuh bapa saudaranya.

Beliau berkata sebelum kejadian tersebut, didakwa berlaku pertengkaran antara Mohd Khairulnizam dan bapa saudaranya sebelum mangsa ditikam dengan objek tajam, dipercayai gunting.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca lagi artikel menarik:

Kes Bunuh Bapa Saudara Di Haji Baki, Suspek Disahkan Positif Dadah, Ada Rekod Jenayah
Lelaki Maut Ditikam Anak Saudara Di Kampung Haji Baki

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terkandas Di Jalan Sunyi, Vlogger Dari Taiwan Tersentuh Dengan Sikap Murni Orang Sabah Terkandas Di Jalan Sunyi, Vlogger Dari Taiwan Tersentuh Dengan Sikap Murni Orang Sabah
Next Article Gaduh Di Hadapan Kedai Serbaneka, Empat Lelaki Dari Kuching Dipenjara Tiga Bulan Gaduh Di Hadapan Kedai Serbaneka, Empat Lelaki Dipenjara Tiga Bulan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?