• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Empat Pelajar Sabah Terbit Artikel Editorial Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Oleh
Nazihah AN
16 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Empat Pelajar Sabah Terbit Artikel Editorial Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Empat pelajar KV Keningau terbit artikel di majalah Bahasa Inggeris keluaran sebuah institusi pendidikan di Indonesia

Empat Pelajar Sabah Terbit Artikel Editorial Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara. Empat orang anak Sabah yang merupakan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerbitkan artikel editorial yang mereka telah masing-masing tulis di majalah Bahasa Inggeris keluaran sebuah institusi pendidikan di Indonesia, STKIP PGRI Pacitan, untuk isu Hari Perlindungan Anak Sedunia baru baru ini.

Empat orang pelajar itu berasal dari empat program vokasional yang berbeza di KV keningau. Velynda Veronica Mick Martin merupakan pelajar tahun kedua program Seni Kulinari telah menulis artikel berkenaan dengan jenayah pemerdagangan manusia yang kian berleluasa di Asia Tenggara dimana ianya juga melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa.

Empat Pelajar Sabah Terbit Artikel Editorial Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Pergh, hebat-hebat anak Sabah ni yaa

Nicholas Vicky Voon, pelajar tahun keempat Teknologi Elektrik di kolej itu, meluahkan pendapatnya terhadap kepentingan kesihatan mental di kalangan masyarakat yang wajar diberi perhatian yang serius. Azzulfa Haryani yang kini berada di tahun ketiga untuk program Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah mengulas gejala buli yang semakin merisaukan terutamanya di sekolah.

Pelajar yang terakhir adalah pelajar tahun kedua program Teknologi Pembinaan iaitu Elisha Carmen Erick yang telah membincangkan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang tidak memiliki akses kepada keperluan asas termasuk pendidikan. Artikel editorial adalah artikel berbentuk pendapat dan hujah berkenaan dengan isu spesifik dan ianya harus disokong oleh fakta.

Para pelajar ini telah berjaya menghasilkan artikel editorial mereka dalam Bahasa Inggeris dengan bantuan guru mereka sebagai penyunting dan pembimbing. Mereka kemudiannya menghantar artikel yang telah dimuktamadkan ke majalah ini yang akhirnya menerima artikel tersebut untuk diterbitkan bagi isu bulan Jun hingga Ogos. Majalah bersiri itu diterbitkan sekali dalam masa dua bulan.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, berasa berbangga dengan usaha para pelajar ini dan menganggapnya sebagai salah satu amalan yang positif yang mampu membantu memperkembangkan kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan kemahiran berfikir secara kritis para pelajar ini. Dia berharap agar lebih ramai pelajar menggiatkan diri dalam bidang penulisan. 

Empat Pelajar Sabah Terbit Artikel Editorial Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Majalah tersebut yang dikenali sebagai E-Magz boleh diakses melalui pautan https://pbi.stkippacitan.ac.id/e-magazine/#flipbook-df_868/23/

Baca juga artikel menarik di bawah:

Jelajah Maksud Nama Tempat Dan Keunikan Jawa Barat Melalui Lensa Anak Sarawak
‘Atlet Olimpik’ Cilik Di Lawas Tampil Kreatif Dengan Persembahan Renang Berirama Cuit Hati Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jelajah Maksud Nama Tempat Dan Keunikan Jawa Barat Melalui Lensa Anak Sarawak Jelajah Maksud Nama Tempat Dan Keunikan Jawa Barat Melalui Lensa Anak Sarawak
Next Article Stephanie Ngu Sumbang Hatrik 3 Emas Wushu SUKMA Untuk Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?