• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Atlet Olimpik’ Cilik Di Lawas Tampil Kreatif Dengan Persembahan Renang Berirama Cuit Hati Netizen

Oleh
Nazihah AN
15 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
'Atlet Olimpik' Cilik Di Lawas Tampil Kreatif Dengan Persembahan Renang Berirama Cuit Hati Netizen

Kreativiti murid SK Luagan Lawas curi perhatian netizen

‘Atlet Olimpik’ Cilik Di Lawas Tampil Kreatif Dengan Persembahan Renang Berirama Cuit Hati Netizen. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Luagan Lawas telah menarik perhatian ramai dengan persembahan renang berirama kreatif mereka yang mengikut gaya Olimpik.

Cikgu Muhammad Nazmi, guru murid-murid tersebut, telah berkongsi video persembahan unik ini di media sosial, memperlihatkan kreativiti luar biasa anak-anak muridnya.

Telatah murid- murid dalam video tersebut mencuit hati netizen

Dalam video tersebut, kelihatan murid-murid melakukan pelbagai gaya renang di atas lantai, meniru gerakan perenang berirama dengan penuh semangat. Walaupun tanpa kolam renang, mereka berjaya mempersembahkan gerakan-gerakan yang menyerupai acara renang berirama dengan menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka.

Cikgu Nazmi menyatakan dalam hantarannya, “Murid saya level-level olimpik sebenarnya… Kreatif gila. Bangga saya sebagai coach.” Beliau turut menambah dengan jenaka bahawa jika tidak dibenarkan ke Paris untuk Olimpik 2024, beliau sanggup sembunyi dalam luggage mereka untuk menyertai acara tersebut.

Hantaran beliau yang disertakan sekali gambar-gambar semasa latihan turut mencuit hati netizen. Gambar-gambar ini menunjukkan pelbagai sesi latihan yang dijalankan, termasuk murid-murid yang berbaring di lantai menggerakkan kaki mereka, berdiri di atas kerusi dengan posisi terjunan ke dalam air, dan beratur dalam formasi yang menyerupai acara renang berirama.

Persembahan ini bukan sahaja menunjukkan semangat dan kreativiti murid-murid, tetapi juga dedikasi guru dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada pelajar mereka. Hantaran ini telah mendapat sambutan hangat daripada netizen yang terhibur dan terharu dengan usaha anak-anak muda ini.

Semangat dan kreativiti yang ditunjukkan oleh murid-murid SK Luagan Lawas ini pasti akan memberi inspirasi kepada ramai pihak, membuktikan bahawa dengan imaginasi dan semangat yang tinggi, apa sahaja boleh dicapai.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Guru Inspirasi Anak Jati Sarawak Dianugerahkan RISE Educator Award 2021
Ubah Bilik Darjah Jadi Dunia Luar, Guru Dari Lawas Ini Rangkul Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Wanita Terjumpa Penumpang Sarawak Buat Ramai Netizen Boleh 'Relate' Tular Wanita Terjumpa Penumpang Sarawak Buat Ramai Netizen Boleh ‘Relate’
Next Article Harumkan Nama Sarawak, Nur Hazirah Raih Pingat Emas Boling Tenpin SUKMA

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?