I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik

Oleh Nur Afifah 21 Disember 2022
Kongsi
7 Min Bacaan

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik. Ada apa dengan pokok dabai? Umum mengetahui bahawa buah dabai adalah buah yang dijual dengan harga yang begitu tinggi, terutamanya di Sarawak. Namun, tahukah anda apa khasiat yang terkandung dalam buah ‘zaitun’ Borneo ini?

Hasil carian kami menemui sebuah jurnal artikel yang bertajuk ‘Exploring Dabai (Canarium odontophyllum), Indigenous Fruit of Borneo: A Review of Nutritional Values, Potential Uses, Emerging Application in Essential Oil Processing, and Health Benefits’ yang diterbitkan oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Muhammad Hazwan Hamzah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Jurnal ini diterbitkan pada Oktober 2022.

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik. Sumber: Pinterest

Jurnal ini menerangkan khasiat yang tinggi dalam pokok dabai, termasuk bahagian kulit kayu dan seluruh bahagian buahnya. Berikut adalah khasiat pokok dabai yang kami telah ringkaskan untuk pemahaman anda.

1. Mengandungi bahan antioksida yang tinggi

Menurut kajian, bahan antioksida yang tinggi boleh didapati di dalam buah dabai itu sendiri iaitu pada bahagian kulit dan isi dabai. Bahan antioksida yang didapati di dalam buah dabai adalah carotenoids, flavonoids dan antosianin berupaya mengelakkan mutasi barah. Jumlah kandungan bahan antioksida ini dipengaruhi oleh faktor geografi tempat pokok dabai itu ditanam, baka, iklim, tahun pengeluaran, tahap kematangan, dan cara penanaman.

Dalam pada masa yang sama, buah dabai juga tinggi kandungan tenaga, protein, serta asid aspartamik dan glutamik (kandungan yang menambah perasa ‘ummph’ pada makanan sama seperti Ajinomoto dan buah tomato). Patutlah sedap!

2. Berpotensi menjadi sejenis minyak masak

Buah dabai juga dilaporkan memiliki kandungan asid lemak seperti oleik, linoleik dan palmitik yang tinggi, sama seperti buah sawit. Kandungan asid lemak tidak tepu serta bahan antioksida yang tinggi di dalam isi dan isirong dabai membolehkan buah ini berpotensi untuk menghasilkan minyak masak yang sihat. Selain itu, lemak dari isirong dabai juga boleh menggantikan lemak koko atau lemak dari buah sawit untuk menghasilkan coklat. Ini kerana kajian sensori mendapati bahawa rasa coklat yang diperbuat menggunakan isirong dabai lebih sedap berbanding menggunakan minyak atau oleoresin dabai.

3. Memiliki bahan anti-bakteria

Selain buahnya, bahagian kulit kayu pokok dabai juga didapati memiliki kesan anti-mikrobial terhadap bakteria seperti Staphylococcus aureus ATCC 25923, Bacillus cereus ATCC 6633, Escherichia coli ATCC 25932, Pseudomonas aeruginosa ATCC 27853, Acinetobacter baumannii strain sensitive, Candida albicans ATCC 64677, Candida glabrata ATCC 90028, Aspergillus niger, dan Fusarium solani M2781. Lebih daripada itu, kulit kayu pokok dabai juga memiliki upaya untuk membunuh bakteria seperti Staphylococcus aureus, kuman penyebab jangkitan pada kulit manusia.

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Bakteria Staphylococcus aureus. Kredit: bioMérieux industrial microbiology

Daun dabai pula dikesan memiliki potensi untuk diperbuat menjadi bahan ubat antimalaria kerana kesannya menghalang perebakan parasit plasmodium, penyebab penyakit Malaria.

4. Seluruh bahagian buah dabai boleh dihasilkan menjadi makanan baru

Selain memiliki khasiat yang begitu menakjubkan, buah dabai ini juga merupakan buah yang versatail dan bersifat mampan untuk menjamin kesejahteraan alam sekitar. Boleh dikatakan seluruh bahagian buah dabai boleh dihasilkan menjadi makanan baharu, sekaligus mengelakkan sisa buangan. Sebagai contoh, isinya boleh dijadikan ais krim, sapuan kacang, dan sos. Bijinya boleh dijadikan kekacang dan sumber biokarbon, isi beserta biji boleh dijadikan bar koko dan minyak pati, isi dan kulit boleh dihasilkan menjadi jus, mayonis, buah kering, kraker, jeruk, sos, peraman dabai, kek, dan biskut. Akhir sekali, kulit, isi dan biji sekaligus boleh dihasilkan menjadi buah kering.

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Sumber: Muhammad Hazwan et al. (2022) Exploring Dabai (Canarium odontophyllum), Indigenous Fruit of Borneo: A Review of Nutritional Values, Potential Uses, Emerging Application in Essential Oil Processing, and Health Benefits. PubMed Central. 11(19).
Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Kredit: FB Borneo

5. Merendahkan paras gula, memperkuatkan pertumbuhan tulang dan 4 lagi khasiat untuk kesihatan tubuh manusia

Disebabkan manfaat yang pelbagai ditemui oleh saintis di dalam buah dabai ini, manfaatnya juga cukup besar untuk kesihatan manusia. Antaranya adalah seperti menurunkan paras gula dalam darah, memperkuatkan pertumbuhan tulang, mengurangkan risiko penyakit koronari jantung, mengurangkan trigliserida dan paras kolesterol, membantu fungsi sistem saraf dan menyuburkan aktiviti terapeutik/penyembuhan untuk sesetengah penyakit.

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Sumber: Muhammad Hazwan et al. (2022) Exploring Dabai (Canarium odontophyllum), Indigenous Fruit of Borneo: A Review of Nutritional Values, Potential Uses, Emerging Application in Essential Oil Processing, and Health Benefits. PubMed Central. 11(19).

6. Sumber vitamin dan mineral

Selain itu, buah dabai juga memiliki sumber vitamin E yang lazimnya dijumpai secara semulajadi dalam tubuh badan manusia. Dengan pemakanan buah dabai, anda boleh mendapatkan sumber vitamin E yang terbukti mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung.

Selain mengandungi tenaga karbohidrat dan lemak, buah ‘zaitun’ Borneo ini juga memiliki khasiat mineral penting seperti kalsium, fosforus, kalium, magnesium, dan zat besi. Elemen seperti kalsium dan magnesium inilah yang memberi manfaat memperkuatkan pertumbuhan tulang sekiranya anda mendapatkannya daripada memakan buah dabai.

7. Memiliki bahan anti-kolesterol

Selain itu, minyak daripada isi dabai juga didapati memiliki khasiat anti-obesiti dan terbukti merendahkan paras kolesterol dalam darah, manakala daunnya berupaya mengurangkan paras gula dalam darah. Kesan ini bergantung kepada jenis baka pokok dabai yang ditanam.

Endemik Di Borneo, Ini 8 Khasiat Besar Pokok Dabai Berdasarkan Bukti Saintifik
Kredit: Golden Time Travel & Tours

8. Menghalang risiko penyakit Alzheimer

Akhir sekali, dabai juga memiliki zat yang bernilai tinggi iaitu acetylcholinesterase, sejenis enzim yang membantu menyokong sistem saraf bagi melawan kehilangan neurons disebabkan penyakit Alzheimer.

Kesimpulannya, buah dabai ini sememangnya begitu bernilai dan bukan sekadar buah yang dimakan bersama kicap atau dicampur ke dalam nasi goreng. Memiliki banyak khasiat dan penawar dari sudut saintifik, memang patutlah buah ini begitu disanjungi oleh masyarakat di Borneo, apatah lagi ianya berstatus endemik kepada Kepulauan Borneo.

Ini pula penjelasan peniaga mengapa harga buah ini begitu tinggi meskipun sudah tiba musimnya: Harga Dabai Kayangan RM 95 Sekilo Di Sibu, Ini Penjelasan Peniaga

SUMBER : Muhammad Hazwan et al. (2022) Exploring Dabai (Canarium odontophyllum), Indigenous Fruit of Borneo: A Review of Nutritional Values, Potential Uses, Emerging Application in Essential Oil Processing, and Health Benefits. PubMed Central. 11(19).
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rutin Ke Ladang Di Niah Bertukar Duka, Bapa Mertua Terkejut Jumpa Mayat Menantu
Next Article Penuhi Keinginan Manis Anda di BiuGo Taufu Fah, Taufu Soya Mesti Cuba Di Kuching

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?