• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Harga Dabai Kayangan RM 95 Sekilo Di Sibu, Ini Penjelasan Peniaga

Oleh
Husna Hazmi
5 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mari kita dengar penjelasan kenapa harga dabai ni mahal sangat.

Harga Dabai Kayangan RM 95 Sekilo Di Sibu, Ini Penjelasan Peniaga. Buah dabai atau nama saintifiknya Canarium odonthophyllum, adalahsejenis buah bujur kecil dengan kulit hitam yang merupakan juadah unik kegemaran penduduk tempatan di Sarawak

Isinya krim kekuningan dengan rasanya yang berlemak membuatkan buat ini menjadi buah kegemaran ramai. Di Sarawak, jika anda ingin memperoleh buah dabai dengan kualiti yang paling baik dan rasa yang paling enak, Sibu adalah tempat di mana anda boleh menemui gabungan ini.

Harga Dabai Kayangan RM 95 Sekilo Di Sibu, Ini Penjelasan Peniaga
Harga Dabai Kayangan RM 95 Sekilo Di Sibu, Ini Penjelasan Peniaga

Harga Dabai biasanya akan lebih mahal

Tiba sahaja musim buah dabai, anda boleh memperoleh buah ini di seluruh Sarawak kerana permintaannya yang tinggi. Harga Dabai biasanya akan lebih mahal jika ia bukan merupakan musimnya dan pada musimnya pula, harganya adalah lebih murah.

Namun demikian, terdapat satu perkongsian yang tular di Facebook baru-baru ini gambar dabai yang dijual dengan harga kayangan iaitu RM 95.

Setelah akhbar tempatan singgah untuk menemu bual peniaga dabai yang menjual buah tersebut dengan harga kayangan, para peniaga mengatakan harganya lebih mahal kerana ini bukan merupakan musim buah dabai.

Seorang peniaga berkata, dabai yang dijual tersebuit merupakan dabai ‘sesat’ kerana ia berbuah walaupun belum tiba musimnya. Dabai sesat ini juga dikatakan diperoleh dari Kanowit.

Harga Dabai Kayangan RM 95 Sekilo Di Sibu, Ini Penjelasan Peniaga
Kredit gambar: FB Mieya Wanz

Menurut peniaga tersebut, dirinya sendiri terkejut apabila pembekal menawarkan mereka buah dabai tersebut padahal belum lagi tiba musimnya.

Musim dabai ini biasanya adalah pada bulan Disember dan juga pada bulan tersebut orang ramai boleh mendapatkan buah eksotik ini dengan harga yang jauh lebih murah. Tambahnya lagi, sebab lain harga dabai ini mahal juga adalah kerana ia mendapat permintaan yang amat tinggi manakala bekalannya pula adalah sikit.

Dijual pada harga RM60 hingga RM90 sekilogram, jualan dabai ini tetap laris kerana memang ramai yang mencari dan gemar dengan buah ini.

Setakat ini, dabai tersebut masih lagi dijual namun kuantitinya amat ‘limited’ dan mungkin akan habis bekalan dalam masa terdekat ini. Jika anda berjaya memperoleh dabai ‘sesat’ ini anda amat bertuah!

Ketahui leagi mengenai buah dabai di sini:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video Penyediaan Air Di Festival Makanan Di Kuching Ini Tular, Netizen Jelas Ada Penapis Air Video Penyediaan Air Di Festival Makanan Di Kuching Ini Tular, Netizen Persoal Kebersihan Tempat
Next Article [NON-HALAL] Minat Makanan Itali? Jom Ke Restoran Al Dente Di Kuching! [NON-HALAL] Minat Makanan Itali? Jom Ke Restoran Al Dente Di Kuching!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?