• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Extra ‘Zat Besi’, Netizen Jumpa Skru Dalam Burger Kedai Makanan Segera Di Sabah

Oleh
Ismail NA
8 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Aiyokk.

Extra ‘Zat Besi’, Netizen Jumpa Skru Dalam Burger Kedai Makanan Segera Di Sabah. Kalau dah terjumpa ‘barang’ dalam makanan, mesti automatik terus rasa hilang selera nak makan kan? Bukan apa, maksudnya terdapat pencemaran semasa proses penyediaan makanan tu. Dengan kedai tu sekali jatuh reputasinya.

Menerusi laporan akhbar tempatan, seorang pelanggan di Kota Kinabalu, Sabah terkejut apabila burger nya mengandungi skru. Burger tersebut dipesannya daripada sebuah cawangan restoran makanan segera menerusi khidmat penghantaran pada 27 Ogos yang lalu.

Extra 'Zat Besi', Netizen Jumpa Skru Dalam Burger Kedai Makanan Segera Di Sabah
Extra ‘Zat Besi’, Netizen Jumpa Skru Dalam Burger Kedai Makanan Segera Di Sabah. Sumber: FB Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah

Rasa benda keras semasa gigit burger

Pada asalnya, beliau merasakan seperti ada benda keras yang digigitnya semasa memakan burger berkenaan dan terkejut mendapati skru yang tidak sepatutnya berada di sana turut ‘terselit’ dalam inti daging burger itu.

Tidak puas hati dengan servis buruk restoran berkenaan, pelanggan yang malang ini kemudiannya bertindak menghubungi restoran makanan segera berkenaan melalui emel namun emelnya tidak tembus. Pelanggan ini turut menghubungi Facebook Messenger restoran berkenaan.

Oleh kerana gagal mendapat jawapan ke atas insiden yang berlaku, pelanggan ini lantas bertindak memuat naik satu hantaran aduan di laman Facebook secara umum sehingga menyebabkannya tular. Beliau juga bertindak menularkan insiden berkenaan kerana merasakan bahawa restoran berkenaan tidak mengambil serius akan aduan yang dibuatnya.

Restoran itu kemudiannya membalas dengan kadar yang agak lambat namun hanya meminta nombor telefon pelanggan berkenaan. Setelah hantaran pelanggan berkenaan tular pula, restoran ini sekali lagi menghubungi pelanggan tersebut namun tidak memberikan sebarang penjelasan. Sebaliknya, hanya meminta nombor jejak (tracking number) pesanannya.

Restoran digesa buat permohonan maaf secara umum

Pelanggan ini juga telah melaporkan kejadian kepada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah menerusi laman Facebook dan laporan rasmi di pejabat mereka.

Justeru, pihak MTPN Sabah yang diwakili oleh Keaven Kong menggesa agar restoran berkenaan yang merupakan sebuah rangkaian restoran makanan segera antarabangsa bersikap lebih bertanggungjawab dan menunjukkan sikap hormat yang lebih ikhlas kepada pelanggannya yang terjejas.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid05nBmZCtAMmA2j2YzNBYPM7WpYyyNvTD5J7T5LUNbd4VrdmTtES3rYFWqs8fkCgRdl&id=107988218477748
Extra 'Zat Besi', Netizen Jumpa Skru Dalam Burger Kedai Makanan Segera Di Sabah
Sumber: FB Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah

Malah, MTPN Sabah juga berpendapat bahawa syarikat berkenaan sebenarnya tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan pelanggannya. Meskipun bayaran balik telah dilakukan oleh restoran berkenaan, namun ini tidak melambangkan sikap tanggungjawab secara menyeluruh.

Insiden ini juga tidak boleh diterima sama sekali kerana produk mereka dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak dan warga emas.

Setakat ini, masih belum ada permohonan maaf secara rasmi di atas insiden yang serius ini. Mereka juga tidak bertindak dengan pantas untuk mengendalikan situasi ini, terutama sekali apabila kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini,”

Keaven Kong, jurucakap MTPN Sabah

Oleh yang demikian, restoran berkenaan digesa untuk menerangkan kepada umum tentang kejadian yang berlaku bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang di masa akan datang.

Kami cuba untuk mendapatkan hantaran asal Facebook pelanggan berkenaan yang dikatakan tular, namun gagal. Berkemungkinan hantaran terbabit sudah dipadam atau ditukar ke tetapan peribadi berbanding tetapan awam.

Aih, macam manalah skru tu boleh sesat dalam burger eh? Tak habis fikir pula.

Sementara itu, jika anda ingin menikmati pilihan makanan yang pelbagai, jangan lupa untuk memeriahkan Miri Food Festival 2022:

Berlangsung Selama 10 Hari, Nikmati Pelbagai Makanan Menarik Di Miri Food Festival 2022
Pesan Roti Canai Telur Di Bintulu, Tapi Apa Yang Diterima Lelaki Ini Buat Netizen Dekah
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesan Roti Canai Telur Di Bintulu, Tapi Apa Yang Diterima Lelaki Ini Buat Netizen Dekah Pesan Roti Canai Telur Di Bintulu, Tapi Apa Yang Diterima Lelaki Ini Buat Netizen Dekah
Next Article Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?