I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan

Oleh Nur Afifah 8 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Pelawak ini terkenal dengan personaliti sari India.

Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan. Pelawak stand-up terkemuka dari Singapura, Kumar bakal membuat persembahan dengan memilih Kuching dan Kota Kinabalu sebagai lokasi pertama jelajahnya di Malaysia tahun ini.

Kumar bakal menampilkan sisi uniknya iaitu ‘Rowdy’, watak yang berlainan daripada sebelum ini di mana beliau sering membuat komedi di atas pentas berpakaian wanita dan sari India. Kali ini, Kumar bakal tampil dengan watak ‘Rowdy’ yang lebih gengster dan gempak!

Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan
Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan. Sumber: FB Kamarsutra

Watak ‘Rowdy’ bakal tampil sisi lain dan unik Kumar

Watak ‘Rowdy Kumar’ ini akan mengupas tentang pelbagai isu seperti pandemik, perintah kawalan pergerakan (lockdown), budaya pop yang tidak rasional, hubungan yang rumit dan banyak lagi. Malah, persembahan istimewa ini juga bakal membawa para penonton untuk menyelami kisah hidup Kumar yang membesar di kawasan ‘ghetto’ di Singapura dan diterjemahkan melalui komedi yang disampaikan watak ‘Rowdy Kumar’ ini kelak.

Persembahan di Kuching akan berlangsung di The Pullman Hotel, Kuching pada 6 Oktober 2022 (Khamis) jam 8 malam, manakala persembahan di Kota Kinabalu pula akan berlangsung di Hotel Le Meridien pada 7 Oktober (Jumaat) jam 8 malam.

Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan
Sumber: FB Kamarsutra

Menerusi laman Facebooknya, beliau memilih Kuching dan Kota Kinabalu sebagai destinasi pertama jelajahnya di Malaysia kerana proses mendapatkan permit di Borneo lebih cepat berbanding di Semenanjung Malaysia. Namun, Kumar tetap akan melakukan persembahan di Kuala Lumpur selepas jelajah Borneo ini dengan Kuala Lumpur sebagai lokasi ketiga pada 13 hingga 15 Oktober kelak.

Sumber: FB Kamarsutra

Kumar sebelum ini pernah mencipta fenomena apabila komedinya tular di laman media sosial dan kebanyakannya menyentuh tentang isu lelaki dan wanita serta perangainya yang sering kita alami dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, Kumar juga digelar sebagai pelawak stand-up yang disegani dan dihormati di rantau Asia Tenggara.

Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan
Kredit foto: https://kumarsutra.com/

Bagi anda yang ingin menyaksikan komedi Kumar ini secara langsung di depan mata anda, anda boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM 129 (Kuching) dan RM 171 (Kota Kinabalu). Dengan syarat, anda mestilah menjadi antara orang yang terawal atau early birds.

Jualan tiket sudah mula dibuka sejak 7 September 2022 jam 12 tengah hari. Anda boleh menempah tiket ‘Rowdy Kumar’ ini di laman sesawang lolasia.bigtix.io atau menekan butang berikut:

TIKET KE ROWDY KUMAR (KUCHING DAN KK)

Sementara itu, allahyarhamah Adibah Noor juga pernah menghiasi iklan komersial yang penuh dengan unsur humor dan komedi yang pastinya menjadi kenangan buat seisi rakyat Malaysia:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Extra ‘Zat Besi’, Netizen Jumpa Skru Dalam Burger Kedai Makanan Segera Di Sabah
Next Article Sempena Hari Malaysia 16 September Ini, Filem Mat Kilau Akan Ditayang Di Netflix

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?