• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fadillah Cadang Bina Laluan Kereta Api Di Sempadan Sarawak Hubungkan Indonesia

Oleh
Aina Musa
27 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Fadillah Cadang Bina Laluan Kereta Api Di Sempadan Sarawak Hubungkan Indonesia

Rancang bina laluan kereta api di Sempadan Sarawak

Fadillah Cadang Bina Laluan Kereta Api Di Sempadan Sarawak Hubungkan Indonesia. Malaysia dan Indonesia mungkin sama-sama boleh merancang untuk membangunkan laluan kereta api di sempadan Sarawak dan Kalimantan, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, ia bagi mengangkut barangan dari Kalimantan ke Bintulu, menggunakan kemudahan Pelabuhan Bintulu.

Fadillah Cadang Bina Laluan Kereta Api Di Sempadan Sarawak Hubungkan Indonesia
Fadillah Cadang Bina Laluan Kereta Api Di Sempadan Sarawak Hubungkan Indonesia. Kredit: Dayak Daily

Memudahkan urusan eksport barang

“Mungkin Kerajaan Persekutuan boleh bantu Kerajaan Sarawak untuk berunding dengan pihak Indonesia untuk menyediakan jalan kereta api untuk kemudahan mengangkut barangan dari Kalimantan pergi ke Pelabuhan Bintulu, menggunakan kemudahan Pelabuhan Bintulu.

“Sebab kalau ikut jaringan, jalan laut agak jauh, jadi itu boleh memudahkan Indonesia untuk eksport sebab Kalimantan banyak sumber.

Fadillah Cadang Bina Laluan Kereta Api Di Sempadan Sarawak Hubungkan Indonesia

“Jadi kalau kita dapat manfaatkan..boleh dibangunkan secara bersama dengan Indonesia,” katanya dalam temubual khas dengan Bernama baru-baru ini.

Berikutan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan, Fadillah memaklumkan kedua-dua negeri itu perlu ‘mempersiapkan diri’.

Perlukan perbincangan bersama pihak Indonesia terlebih dahulu

Ini terutamanya dari aspek pembangunan sempadan dan meneroka jalinan Business-to-Business (B2B) antara kedua-dua negara.

Katanya, antara aspek pembangunan sempadan yang akan diberi tumpuan ialah penambahbaikan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sepanjang sempadan utama antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan, susulan pembangunan Nusantara, ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur.

“Pembangunan bandar-bandar di sempadan Kalimantan, Sabah dan Sarawak perlu dipercepatkan.

Fadillah Cadang Bina Laluan Kereta Api Di Sempadan Sarawak Hubungkan Indonesia

“Ini terutamanya untuk tambah baik CIQ, jalan menuju ke CIQ di sempadan-sempadan utama antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan,” katanya.

Kementerian Kewangan sebelum ini meluluskan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi projek menaik taraf dan membina infrastruktur yang lebih baik di sepanjang sempadan Sarawak dan Sabah, terdiri daripada 1,881km yang memisahkan Sarawak dan Sabah di Malaysia dan wilayah Kalimantan di Indonesia.

Baca lagi artikel terkini di sini:

[VIDEO] ‘Memang Semua Serba Boleh’, Netizen Terhibur Lihat Hilux Bawa Kancil Di Ulu Baram
Bunga Betik Jadi Menu Harian, Media Antarabangsa Papar Kehidupan Keluarga Setinggan Di Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] 'Memang Semua Serba Boleh', Netizen Terhibur Lihat Hilux Bawa Kancil Di Ulu Baram [VIDEO] ‘Memang Semua Serba Boleh’, Netizen Terhibur Lihat Hilux Bawa Kancil Di Ulu Baram
Next Article Teringat Arwah Bapa Jadi Salah Satu Punca, Gadis Beri Penjelasan Video Tular Menangis Di Konsert Fabio Asher

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?