Video gadis tersebut menagis di konsert Fabio Asher telah tular.
Teringat Arwah Bapa Jadi Salah Satu Punca, Gadis Beri Penjelasan Video Tular Menangis Di Konsert Fabio Asher. Pada 24 Februari lalu, penyanyi terkenal dari Indonesia, Fabio Asher telah datang di Kuching membuat persembahan di Borneo Convention Center (BCCK).
Persembahan Fabio Asher itu telah mendapat sambutan yang hangat daripada para peminatnya di Kuching.

Tular sebuah video gadis menangis di konsert Fabio Asher
Namun demikian, setelah berlangsungnya persembahan tersebut tular sebuah video di media sosial di mana salah seorang peminat menangis melihat persembahan Fabio Asher.
Dalam video berkenaan, Fabio Asher sendiri telah turun dari pentas menyanyi dan menghampiri peminatnya yang merupakan seorang gadis tersebut.
Fabio Asher yang menghampiri gadis tersebut mengatakan dia tidak boleh melihat perempuan nangis serta memujuk dan menghadiahkan lagu kepada gadis tersebut.
Setelah tular sesuatu video pasti akan ramai para-para netizen dan juga keyboard warrior di luar sana yang mengeluarkan pendapat sepuluh sen mereka. Video yang tular itu telah mendapat pelbagai komen negatif serta kecaman dari netizen di mana rata-ratanya mereka mempertikaikan kenapa gadis tersebut perlu menagis hanya kerana ‘Artis’.


Mendapat pelbagai kecaman dari netizen
Setelah mendapat pelbagai kecaman, gadis tersebut telah dijemput oleh Era Sarawak untuk memberi penjelasan di atas videonya menangis tersebut.
Dalam penjelasannya, gadis itu berkata dia menangis kerana dia boleh mengaitkan kisah hidupnya dengan lagu yang dinyanyikan oleh Fabio Asher. Seperti yang kita ketahui, ia adalah perkara biasa jika seseorang itu berasa emotional ketika berada di konsert.
Bukan hanya sebab terlalu taksub akan artis tersebut, salah satu punca seseorang itu ke konsert adalah kerana mereka boleh mengaitkan kisah hidup mereka dengan lagu yang dinyanyikan oleh artis berkenaan.

Penjelasan mengapa gadis tersebut menangis
Dalam kisah ini, gadis tersebut telah mengaitkan kisah dirinya di mana dia baru sahaja kehilangan bapa, putus cinta setelah 6 tahun dalam hubungan dan rasa tertekan kerana tidak mempunyai kerjaya. Jelasnya lagi, kesemua perasaan tersebut telah bercampur baur dan membuatkannya menitiskan air mata.
Oleh demikian, sebelum kita ingin berkata buruk serta menghina seseorang itu, berpada-padalah dan perbaiki dahulu diri sendiri. Sebelum memuat naik komen-komen yang jelik, fikir terlebih dahulu apakah akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.