• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
12 Mei 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Masih ingatkah kalian dengan pelakon Legend Mr Os?

Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia. Anak-anak Sarawak tahun 90 dan 80 an semestinya kenal dengan pelawak dan pelakon yang tersohor Allayarham Mohd Yusof bin Abdul Hamid atau nama yang lebih dikenali sebagai Mr. Os.

Isi Isi Penting
  • Masih ingatkah kalian dengan pelakon Legend Mr Os?
  • Berasal Kuala Kangsar, Perak
  • Membintangi filem Sarawak iaitu Os Anak Tarzan
  • Pernah membintangi filem Hollywood komedi berjudul “Fifty Fifty”
  • Kembali ke persada seni Malaysia
  • Seorang bapa yang penyayang dan beliau telah berjaya membesarkan anak yang bijak dan berbakti
Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia
Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia

Berasal Kuala Kangsar, Perak

Sedikit sebanyak info berkenaan dengan pelawak legend kita ini, beliau sebenarnya berasal Kuala Kangsar, Perak. Haaa, mesti ada yang ingatkan beliau berasal dari Sarawak kerana kefasihan beliau dalam dialek Sarawak dan bahasa Iban kan? Sebenarnya, beliau pernah berhijrah ke Sarawak, dalam masa yang sama, beliau belajar bahasa Sarawak dan bahasa Iban. Selain itu, beliau juga fasih dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Kebolehan Mr Os bertutur bahasa Melayu Sarawak dan Iban membuatkan beliau cukup disenangi oleh rakyat Sarawak. Antara filem lakonan beliau yang bertutur bahasa Sarawak ialah My Tambang. Cerita ini mengisahkan Os yang merupakan pendayung sampan bot penambang yang baik hati dan berhati tulus. Lakonan Mr. Os di dalam filem ini pasti akan membuat anda geli hati dan respect dengan arwah kerana bahasa melayu Sarawak beliau dan lakonan beliau amat mengagumkan.

Membintangi filem Sarawak iaitu Os Anak Tarzan

Dan tidak lupa juga, beliau turut membintangi filem Sarawak iaitu Os Anak Tarzan yang diterbitkan dua siri, dimana beliau bertutur bahasa Iban. Lakonan Mr. Os semestinya mencuit hati peminat, antara ayat legend yang beliau tuturkan dalam bahasa Iban ialah:

Selain membintangi filem, Mr. Os juga turut mengeluarkan album lagu Sarawak khususnya lagu Iban yang berjudul Manang Modern dan banyak lagi! Di mata kita, Mr Os sungguh berbakat dan juga baik hati orangnya.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem “Mr Os” (1987) dan “Ghazal Untuk Rabiah” (1997).

Pernah membintangi filem Hollywood komedi berjudul “Fifty Fifty”

Beliau juga pernah membintangi filem Hollywood komedi berjudul “Fifty Fifty” dan juga “Beyond Ranggoon” yang merupakan filem Inggeris mengisahkan pemberontakkan di Myanmar pada tahun 1988. Ini menjadikan beliau pelakon komedi Malaysia kedua berjaya ke pentas antarabangsa selepas Allahyarham Ibrahim Pendek. Beliau bukan sahaja berbakat malah beliau juga telah mengharumkan nama Malaysia dengan bakatnya.

Selepas filem terakhirnya pada tahun 1997, Mr Os. mula menyepi daripada bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha teksi.

Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia

Kembali ke persada seni Malaysia

Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, “Apa Ke Halnya?”

Pada tahun 2011, beliau telah memegang takhta juara Maharaja Lawak dianggotai oleh dirinya dan Sharizan Ahmad (Abon) dan mereka menggelar diri mereka Osbon. Mereka telah mendapat markah tertinggi dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam.

Pada tahun 2012 pula, pelakon Legend ini telah memegang watak di dalam rancangan Oh My English! sebagai Pak Sham. Beliau tidak pernah gagal untuk menghiburkan hati semua.

Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia
Kredit gambar: Astro Awani

Seorang bapa yang penyayang dan beliau telah berjaya membesarkan anak yang bijak dan berbakti

Di samping itu, Mr. Os juga merupakan seorang bapa yang penyayang dan beliau telah berjaya membesarkan anak yang bijak dan berbakti kepada orang tuanya. Anak sulung beliau, Syafiqa Harya yang kini bergelar Doktor dan telah menerima Ijazah Sarjana Mudanya di Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang.

Walaupun Mr. Os tidak mempunyai latar belakang pelajaran yang tinggi, namun beliau percaya bahawa anak-anaknya mampu untuk berjaya dalam bidang pelajaran mereka. Kerjaya sebagai Doktor merupakan impian Mr. Os terhadap anak perempuannya ini. Beliau merupakan seorang bapa yang amat mementingkan soal pelajaran dan juga agama.

“Dia tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya menjadikan saya seorang manusia. Jadi saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai doktor ini diberikan kepada abah dan ibu.

Itu janji saya kepada diri sendiri kerana tanpa abah dan ibu saya bukan siapa-siapa” kata Syafiqa.

Dengan kehidupannya yang penuh humble, Mr. Os menjadi pelakon kesayangan rakyat Malaysia dan di Sarawak pula beliau merupakan seorang yang amat dipandang tinggi kerana bakatnya yang menyerlah itu. Bukan sahaja beliau boleh bertutur bahasa melayu Sarawak, malah beliau telah menguasai bahasa Iban, fasih berbahasa Cina dan juga Tamil.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nenek Bawang Lusang, Wanita Tertua Di Malaysia Terima Suntikan Vaksin COVID-19
Next Article TERKINI: Sarawak Isytiharkan 7 Kluster Baharu, 6 Daripadanya Adalah Di Daerah Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?