• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nenek Bawang Lusang, Wanita Tertua Di Malaysia Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Oleh
Ismail NA
11 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Wanita ini berasal dari Belaga, Sarawak.

Nenek Bawang Lusang, Wanita Tertua Di Malaysia Terima Suntikan Vaksin COVID-19. Program imunisasi kebangsaan kini sudah memasuki fasa kedua iaitu melibatkan golongan warga emas dan golongan yang mempunyai komorbiditi dan berisiko tinggi. Untuk fasa ini, Malaysia menyaksikan penerima tertua di negara telah selamat menerima vaksin tersebut di Belaga.

Isi Isi Penting
  • Wanita ini berasal dari Belaga, Sarawak.
  • Lelaki berusia 101 tahun dari Belaga jadi lelaki tertua terima vaksin di Belaga
  • Semangat warga emas Punan di Belaga yang harus dicontohi
  • Untuk maklumat lengkap tentang vaksin dan sewaktu dengannya, baca juga artikel ini :

Nenek Bawang Lusang, seorang wanita yang berasal dari Rumah Aging, Long Daah, Belaga telah selamat menerima dos pertama vaksin tersebut pada usia 97 tahun yang mana merupakan wanita tertua yang menerima vaksin di Sarawak dan juga di Malaysia setakat ini.

Berita gembira ini dimaklumkan menerusi hantaran Facebook Pusat Maklumat Rakyat Belaga pada Jumaat lalu.

Penerima vaksin tertua!Nenek berusia 97 tahun antara penerima vaksin dos pertama di Klinik Kesihatan Belaga pagi…

Posted by Pusat Maklumat Rakyat Belaga on Thursday, May 6, 2021

Nenek Bawang Lusang, Wanita Tertua Di Malaysia Terima Suntikan Vaksin COVID-19
Nenek Bawang Lusang, Wanita Tertua Di Malaysia Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Lelaki berusia 101 tahun dari Belaga jadi lelaki tertua terima vaksin di Belaga

Bukan itu sahaja, lelaki tertua yang menerima vaksin setakat ini adalah Nenek Jemarang yang juga berasal dari Belaga. Nenek Jemarang yang lahir pada tahun 1920 dan kini berusia 101 tahun terbabit kelihatan gembira semasa menerima dos pertama vaksin tersebut pada 9 Mei lalu di Klinik Kesihatan Belaga. Berita ini dikhabarkan melalui sebuah akaun Twitter milik seorang doktor di klinik tersebut, Dr. Marcos Popey.

Born in 1920. Aki (grandpa) Jemarang, a 101 year old Punan gentleman got his first jab at Klinik Kesihatan Belaga today. pic.twitter.com/RfPecfJAAt

— theruraldoctor (@marcospopeyj) May 9, 2021

Nenek Bawang Lusang, Wanita Tertua Di Malaysia Terima Suntikan Vaksin COVID-19
Nenek Jemarang. Foto : Twitter @marcospopeyj

Semangat warga emas Punan di Belaga yang harus dicontohi

Selain Nenek Bawang dan Nenek Jemarang, di kawasan pedalaman lain di Sarawak, tular juga dua orang warga emas berbangsa Punan dari kumpulan Orang Ulu sudah menerima vaksin COVID-19. Dikhabarkan, Lian Jubin yang berusia 86 tahun dan Apong Salleh yang berusia 87 tahun ini yang lengkap dengan hiasan kepala hadir ke temujanji suntikan vaksin COVID-19 dan sanggup menempuh perjalanan sejauh 100 km melalui beberapa siri sungai bagi mendapatkan dos pertama mereka. Kedua-dua wanita ini berasal dari kawasan Punan Biau, Belaga.

Syabas nenek!

These two beautiful Orang Ulu ladies of Punan ethnicity, travelled more than 100km through multiple river rapids to get vaccinated against COVID-19 today. pic.twitter.com/C7JIvSvmAN

— theruraldoctor (@marcospopeyj) May 7, 2021

Semangat dan kepercayaan warga emas di kawasan pedalaman Sarawak ini seharusnya dicontohi dan dijadikan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama melindungi dan membina imuniti berkelompok bagi memutuskan rantaian virus COVID-19. Walaupun terpaksa hadir ke Klinik Kesihatan Belaga dengan menggunakan kerusi roda, inisiatif yang diambil oleh Nenek Bawang dan warga emas Punan di Belaga ini adalah tepat dan mampu meyakinkan orang ramai bahawa vaksin ini selamat untuk diambil demi keselamatan dan kesihatan semua.

Ayuh! Daftar suntikan vaksin anda sekarang di aplikasi MySejahtera, atau di laman sesawang JKJAV di pautan https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/.

Untuk maklumat lengkap tentang vaksin dan sewaktu dengannya, baca juga artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Tiada Dine In Dibenarkan Di Sarawak Mulai Esok, Sarawak Kekal Laksana PKPB TERKINI : Tiada Dine In Dibenarkan Di Sarawak Mulai Esok, Sarawak Kekal Laksana PKPB
Next Article Fasih Berbahasa Melayu Sarawak Dan Iban, Ini Kenangan Mr. Os Untuk Rakyat Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?