• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya

Oleh
Husna Hazmi
5 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Wahh banyak betul kemudahan yang tersedia di The Meditel ini!

Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya. The Meditel merupakan projek pertama di Sarawak yang diusahakan oleh dua gabungan syarikat swasta untuk menaik tarafkan lagi Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Isi Isi Penting
  • Wahh banyak betul kemudahan yang tersedia di The Meditel ini!
  • Kemudahan dinaik taraf bagi memudahkan kakitangan hospital dan juga orang awam
  • Bangunan hotel dilengkapi dengan 160 bilik
  • Zon runcit komersial dikenali sebagai Ceria Street Mall
Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya
Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya. Kredit gambar: serapi.my
Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya
Kredit gambar: The Meditel

Kemudahan dinaik taraf bagi memudahkan kakitangan hospital dan juga orang awam

Dilaporkan bahawa, menurut Pengarah Serapi Cuisine Sdn Bhd, Mohd Fardzren Mohd Azizuddin, terdapat beberapa kemudahan yang telah dinaik taraf bagi memudahkan kakitangan hospital dan juga orang awam iaitu, tempat letak kenderaan bertingkat, hotel, medan selera, dan beberapa buah kedai runcit komersial.

Beliau berkata, tempat letak kereta bertingkat yang dilengkapi ruang parkir sebanyak 956 ruangan itu turut dilengkapi sistem kawalan keselamatan 24 jam bagi memudahkan komuniti awam dan kakitangan hospital yang meletakkan kenderaan di situ.

Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya
Kredit gambar: The Meditel
Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya
Kredit gambar: Dzulzamreen Wajdi

Bangunan hotel dilengkapi dengan 160 bilik

Di samping itu, beliau tuut menjelaskan bahawa bangunan hotel di situ dilengkapi dengan 160 bilik berkonsepkan reka bentuk minimalis dengan beberapa kemudahan fasiliti untuk memudahkan para pelanggan yang menginap di sana.

“Selain daripada itu, The Meditel telah menaiktarafkan medan selera yang dikenali sebagai Serapi Food Village yang berkonsepkan Masakan Tradisi Malaysia, dilengkapi dengan 200 kapasiti tempat duduk yang selesa dan beberapa jenis gerai makanan yang mempunyai pelbagai variasi masakan dari Semenanjung Malaysia,” kata beliau kepada DagangNews.com.

Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya
Kredit gambar: The Meditel
Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya
Kredit gambar: The Meditel

Zon runcit komersial dikenali sebagai Ceria Street Mall

Dalam pada itu, The Meditel juga turut menyediakan zon runcit komersial dikenali sebagai Ceria Street Mall yang dilengkapi dengan 9 jenis kedai dan juga beberapa kiosk, seperti Mama Family Mart, Sushi King, Taka Cake House, Sumiran Café, Yoffee Café, Halo Pharmacy, Secret Recipe, dan banyak lagi.

Dengan adanya kemudahan yang terdapat di The Meditel ini, kakitangan Hospital Umum Sarawak dan juga orang awam yang berkunjung ke Hospital Umum Sarawak akhirnya boleh merasa selesa dengan kemudahan yang telah disediakan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kena ‘Cucuk’ Sebab Pandu Lambat Di Lorong Kanan, Kereta Belakang Pula Ditengking Samseng Myvi Di Kuching
Next Article Hasrat Mendaki Bukit Bohey Dulang Sabah Bertukar Tragedi, Wanita Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?