• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hasrat Mendaki Bukit Bohey Dulang Sabah Bertukar Tragedi, Wanita Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Oleh
Husna Hazmi
5 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa mengalami sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

Hasrat Mendaki Bukit Bohey Dulang Sabah Bertukar Tragedi, Wanita Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas. Niat ingin menjalankan aktiviti riadah bersama rakan mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang Sabah semalam, berakhir dengan tragedi apabila mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Hasrat Mendaki Bukit Bohey Dulang Sabah Bertukar Tragedi, Wanita Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
Hasrat Mendaki Bukit Bohey Dulang Sabah Bertukar Tragedi, Wanita Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas. Gambar sekadar hiasan

Mangsa merupakan seorang penjawat awam berasal dari Kuala Lumpur

Dilaporkan bahawa dalam kejadian jam 10.13 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Rozlina Sharina Rosedi, seorang penjawat awam yang berasal dari Kuala Lumpur, berusia 40 tahun, dikatakan mengalami sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Semporna Superitendan Mohd Farhan Lee Abdullah, kejadian disedari kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) yang terus memberi bantuan kecemasan.

Beliau berkata, kejadian disedari kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) yang terus memberi bantuan kecemasan dan kemudian, mangsa dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Hasrat Mendaki Bukit Bohey Dulang Sabah Bertukar Tragedi, Wanita Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas
Gambar sekadar hiasan

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas yang merawat mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” jelas beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mohd Farhan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fasiliti Baharu Dilengkapi Pelbagai Kemudahan, The Meditel Kuching Kini Beroperasi Sepenuhnya
Next Article Kluster Ini Tercetus Di Kala Sabah Baru Sahaja Memasuki Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 Majlis Perkahwinan Dan Cukur Jambul Cetus Kluster Baharu Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?