• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja

Oleh
Ismail NA
15 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Macam dalam fairy tale lah ada banyak kupu-kupu cantik ni!

Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja. Ada yang menyebut bahawa fenomena kupu-kupu kuning ini hanya berlaku dalam masa 20 tahun, ada pula yang baru pertama kali melihatnya dalam masa 70 tahun! Inilah fenomena terkini yang berlaku di sekitar jalan Kota Marudu pada Jumaat yang lalu.

Isi Isi Penting
  • Macam dalam fairy tale lah ada banyak kupu-kupu cantik ni!
  • Kupu-kupu kuning menghiasi jalan raya sejauh 15 kilometer
  • Masyarakat Sabah menyebutnya sebagai kolibambang atau bambayangan
  • Kalau nak ke Kota Belud, jom menginap kat sini. Memang puas hati dengan pemandangannya. Bonus pula kalau jumpa kupu-kupu kuning ni kat tepi jalan :

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Nina Othman, beliau berasa teruja apabila dapat bergambar dengan ribuan kupu-kupu kuning yang berterbangan bebas di pinggir jalan menghala ke Kota Marudu dari arah Kota Belud.

Beliau bersama rakan-rakannya yang dalam perjalanan untuk singgah ke sebuah kedai di perhentian Langkon Kota Marudu ternyata terkejut kerana kupu-kupu tersebut menghiasi jalan dan kelihatan begitu indah. Memang nampak macam fairy tale!

Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja. Kredit: FB Nina Othman

Posted by Nina Othman on Friday, May 13, 2022

Kupu-kupu kuning menghiasi jalan raya sejauh 15 kilometer

Jelas Nina lanjut, kelibat kupu-kupu kuning yang cantik itu boleh dilihat sejauh 15 kilometer jalan raya. Mereka sempat mengambil gambar kenang-kenangan bersama kupu-kupu itu sambil bertanya kepada pemandu mereka tentang fenomena tersebut.

Pemandu Nina memberitahu bahawa fenomena tersebut berlaku setelah kali terakhir dilihat 20 tahun yang lalu. Ditanya apakah faktor yang menyebabkan kupu-kupu tersebut berterbangan sebanyak itu dan berkumpul di satu tempat yang sama, pemandu tersebut menjawab bahawa ini adalah musimnya.

Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman

Namun sayangnya, kupu-kupu yang juga digelar ’happy fairies’ oleh Nina ini banyak juga yang mati kerana tidak dapat dielakkan oleh kenderaan, terutamanya apabila mereka berterbangan di jalan raya utama.

Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman

Dalam masa yang sama, Nina bersama rakan-rakannya juga tidak ketinggalan untuk menikmati kuih muih, ais krim yang lazat serta kacang panggang kulit merah. Mereka juga sempat menjamu jagung bakar dan rebus dan membeli cenderahati unik yang diperbuat daripada kulit jagung.

Semua ini boleh didapati sekiranya anda berkunjung ke Farni Shop dekat R&R Langkon, Kota Marudu, Sabah, ujar Nina.

Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman
Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman
Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman

Perkongsian menarik beliau telah menarik lebih 3,000 perkongsian semula di laman Facebook dan mengundang reaksi keterujaan yang serupa dalam kalangan netizen.

Masyarakat Sabah menyebutnya sebagai kolibambang atau bambayangan

Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman
Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman
Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja
Kredit: FB Nina Othman

Best nya siapa yang jumpa kupu-kupu kuning ni, kan? Memang cantik bila diambil gambar, boleh lah diceritakan pula kepada rakan-rakan dan keluarga nanti.

Kalau nak ke Kota Belud, jom menginap kat sini. Memang puas hati dengan pemandangannya. Bonus pula kalau jumpa kupu-kupu kuning ni kat tepi jalan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
Next Article Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?