• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat

Oleh
Ismail NA
14 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Satu-Satunya Nasi Restoran Segera Kesukaan Rakyat Sarawak.

Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat. Siapa tidak mengenali restoran segera jenama Sarawak iaitu Sugarbun. Bagi yang pernah menjamu selera di sini, pasti anda akan teringat pada nasi kismis nya menjadi pujaan pelanggan sejak bertahun lama. Bukan sahaja ia diminati oleh golongan dewasa, bahkan kanak-kanak juga mampu menghabiskan hidangan nasi ini kerana rasanya yang harum dan lazat.

Baca sejarah restoran makanan segera Sugarbun di sini :

Tapi, jika Sugarbun jauh dari anda, malah sukar didapati terutamanya jika anda tidak berada di benua Sarawak, jangan risau. Kami menemui resepi nasi kismis Sugarbun yang wajib anda cuba. Dah siap nanti, boleh dihidangkan untuk jamuan seisi keluarga.

Seorang pengguna Facebook, Phinnie Ching, telah berkongsi resepi nasi kismis Sugarbun setelah mendapat permintaan ramai daripada netizen. Mari kita cuba buat sendiri nasi kismis ini mengikut resepi beliau.

Jom!

Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat
Craving Nasi Sugarbun? Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Lazat

Bahan-Bahan

  • 2 cawan beras
  • Mentega Planta
  • Sosej ayam
  • Stok ayam pekat Maggi
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Harum Dan Lazat
Kredit : FB Phinnie Ching

Cara Membuat

1. Panaskan kuali leper. Masukkan planta dan sosej yang telah dipotong halus.

Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Harum Dan Lazat
Kredit : FB Phinnie Ching

2. Masukkan beras yang telah dibasuh dan goreng sebentar di dalam kuali selama 3 minit.

Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Harum Dan Lazat
Kredit : FB Phinnie Ching

3. Masukkan beras yang telah digoreng bersama sosej tadi ke dalam periuk nasi.

4. Tambahkan air panas dengan nisbah 1 : 1. (1 cawan beras = 1 cawan air)

5. Masukkan 2 sudu besar stok ayam pekat.

Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Harum Dan Lazat
Kredit : FB Phinnie Ching

6. Tambahkan 1 sudu teh serbuk kunyit. Sedikit serbuk kunyit memadai untuk mewarnakan satu periuk nasi. Ia juga pewarna semulajadi dan selamat dimakan.

Kredit : FB Phinnie Ching

7. Kemudian, masukkan sedikit planta beserta 1 sudu besar garam dan gula.

Wanita Ini Kongsi Resepi Nasi Kismis Sugarbun Yang Harum Dan Lazat
Kredit : FB Phinnie Ching

8. Tambahkan sedikit kismis jika anda suka. Tunggu hingga masak.

Kredit : FB Phinnie Ching

Siap!

Nota tambahan : Kuap balik nasi apabila telah masak bagi mengelakkan nasi melekat pada periuk.

Begitu rupanya resepi rahsia nasi Sugarbun selama ini ya. Mudah sahaja.

Kami juga telah berjaya mencipta semula resipi Nasi Sugarbun ini untuk anda. Boleh tonton video penuh resipi di sini :

Selamat mencuba!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terselamat Dari 3 Kejadian Kapal Tenggelam, Ini Adalah Kisah Kucing Yang Digelar 'Unsinkable Sam' Selamat Dari 3 Kejadian Kapal Karam, Ini Kisah Kucing Yang Digelar ‘Unsinkable Sam’
Next Article Fenomena Rare Kupu-Kupu Kuning Di Jalan Kota Marudu Bikin Netizen Teruja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?