Lampoopalooza mewarnai Jalan Gaya dengan cahaya dan muzik
Festival Lampoopalooza Kembali Jumaat Ini Di Kota Kinabalu. Adakah anda bersedia untuk menyaksikan transformasi spektakuler Gaya Street? Lampoopalooza, sebuah festival cahaya, muzik, dan pelbagai jenis makanan pada 2 Februari.
Acara ini merupakan projek luar bangunan terbesar di Kota Kinabalu. Pelancong boleh berjalan-jalan di sepanjang Jalan Gaya dengan gerai makanan dan persembahan live band secara langsung.

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai kafe hipster yang menghidangkan makanan sedap serta menyediakan suasana Instagrammable. Ini peluang untuk menikmati hidangan tempatan yang unik di latar yang estetik.
Datang bersama rakan-rakan untuk memeriahkan suasana
Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati pertunjukan cahaya dan muzik yang hebat di sepanjang jalan pada waktu malam.
Untuk makluman, acara ini adalah pemasangan cahaya di luar bangunan Lembaga Pelancongan Sabah yang bersejarah sejak 1918. Bangunan ini dulunya Pejabat Pos Jesselton semasa penjajahan British.
