• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak

Oleh
Aina Musa
29 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak

Tak complete rasanya datang Sarawak kalau tak bawa balik kek butter dari Mita

Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak. Selain dari kek lapis dan ikan terubok, tahukah anda satu lagi ole-ole wajib sekiranya anda berkunjung ke Sarawak.

Produk tersebut adalah kek butter Mita yang menjadi ‘buruan’ bukan sahaja pengunjung luar malah warga Sarawak sendiri.

Baru-baru ini, kek butter Mita menjadi sebutan orang ramai sehingga tular di media sosial.

Ketahui Kek Butter Mita, Ole-Ole Wajib Sekiranya Anda Ke Sarawak. Sumber: Facebook

Untuk info kek ini merupakan produk dari bakeri legend terkenal dari Kuching iaitu Mita Cake House. Mereka telah pun beroperasi dari tahun 1987 dan cawangan pertamanya terletak di Jalan Ban Hock.

Buat anda yang tertanya apa istimewanya kek ini sehingga menjadi rebutan orang ramai?

Haaa mari kami kongsikan kepada anda!

Pertama, aroma wangi dari kek butter tersebut menjadikan kek butter mereka lain daripada yang lain.

Teksturnya jangan cakaplah. Lembut dan moist! Makan bersama air kopi o memang ngam. Ada yang menggambarkan rasanya seperti kek cheese dengan rasa berlemak dan wangi.

Menurut warga lokal, kek ini hanya dibakar di Mita Cake House cawangan Satok setiap hari. Kemudian, kek tersebut akan dihantar ke setiap cawangan Mita Cake House di Kuching.

Menariknya, ada yang sanggup berbaris panjang di Mita Cake House demi mendapatkan kek butter yang fresh di sana.

Bukan itu sahaja, ada yang sanggup membeli lebihan hujung kek butter tersebut untuk dinikmati bersama kopi o! Bak kata mereka, lebih hangus lebih sedap.

Walaupun banyak bakeri cuba mengolah semula kek butter mereka, namun tiada yang mampu menandingi rasa kek butter daripada Mita Cake House ini.

Jadi, buat anda yang bercadang ke Sarawak jangan lupa singgah ke mana-mana bakeri Mita Cake House ini untuk mendapatkan kek butter mereka.

Yang penting, jangan ragu-ragu kerana bakeri ini sudah pun diakui halal oleh Jakim. Boleh rujuk di sini.

Baca lagi artikel menarik:

Pengunjung Luar Tapau Sampai Berkotak-Kotak, Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai
Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga ‘Shopping’ Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti
Next Article Festival Lampoopalooza Kembali Jumaat Ini Di Kota Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?