• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Festival Muzik Pertama ‘OctoTune Fest’ Bakal Gegarkan Bintulu Oktober Ini

Oleh
Farisha
31 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Peminat muzik wajib ke OctoTune Fest di Bintulu

Festival Muzik Pertama ‘OctoTune Fest’ Bakal Gegarkan Bintulu Oktober Ini. Bintulu akan menganjurkan festival muzik yang pertama iaitu ‘OctoTune Fest’ pada 25 dan 26 Oktober ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, penganjuran istimewa ini akan berlangsung di Time Square Megamall Bintulu.

Festival muzik yang dijanjikan penuh dengan rentak membara, persembahan sensasi serta hiburan tanpa henti ini mengajak orang ramai untuk meraikan hujung minggu yang tidak akan dilupakan.

Festival Muzik Pertama 'OctoTune Fest' Bakal Gegarkan Bintulu Oktober Ini
Festival Muzik Pertama ‘OctoTune Fest’ Bakal Gegarkan Bintulu Oktober Ini. Sumber: Facebook

Antara artis-artis yang hadir di OctoTune Fest

Antara bintang yang bakal memeriahkan OctoTune Fest termasuklah Noh Salleh, Luqman Podolski, IamNeeta dan banyak lagi.

Festival muzik ini menawarkan dua kategori tiket promosi dengan kuantiti yang terhad.

Harga tiket yang ditawarkan

Bagi yang ingin menikmati pengalaman istimewa bersempena festival, tiket ‘Meet & Greet’ dengan harga RM277 disediakan untuk 500 pembeli terawal. Ini memberikan peluang untuk bertemu dan berswafoto dengan artis-artis yang akan membuat persembahan.

Selain itu, tiket ‘Free Standing Pre-Sale’ turut ditawarkan pada harga RM288 untuk pembeli awal sebelum jualan dibuka kepada orang ramai.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman festival muzik yang pertama di Bintulu. Bersiap sedia untuk berpesta dengan alunan lagu kegemaran anda!

Baca juga artikel yang berkaitan dengan festival di Sarawak:

Lebih Gempak Tahun Ini, Borneo Sonic Festival Bakal Diadakan 11 Hingga 12 Oktober 2024
Pertama Kali Di Malaysia, Kamen Rider Black Sertai Festival Fan Meet & Greet Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Daerah Di Sarawak Masih Tiada Hospital Walaupun Penduduk Lebih 30,000
Next Article Anak Sarawak Ini Berjaya Peroleh Tawaran Ijazah Sarjana Muda Di Amerika Syarikat Anak Sarawak Ini Berjaya Peroleh Tawaran Ijazah Sarjana Muda Di Amerika Syarikat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?