Peminat Kamen Rider, Bersedia untuk Bertemu Wira Kanak-Kanak Kegemaran Anda
Pertama Kali Di Malaysia, Kamen Rider Black Sertai Festival Fan Meet & Greet Di Sarawak. Peminat setia Kamen Rider di Malaysia pasti akan teruja dengan berita terkini ini! Kini, dengan bangga, kami mengumumkan kedatangan Kamen Rider pertama ke Malaysia, khususnya di Sarawak!
Dalam acara yang dipanggil sebagai “Kamen Rider Festival – Fan Meet & Greet with Kamen Rider Black”, anda berpeluang untuk bertemu dengan salah satu wira kanak-kanak legenda dari era 90-an!
Pertama Kali Di Malaysia, Kamen Rider Black Sertai Festival Fan Meet & Greet Di Sarawak
Boulevard Shopping Mall di Miri telah memuat naik satu hantaran di mana anda boleh berjumpa dengan pelakon dalam kostum wira Kamen Rider Black, iaitu Tetsuo Kurata sendiri.
Difahamkan bahawa acara meet & greet ini bakal diadakan pada 27 dan 28 April 2024, di Level 3 Exhibition Hall, Boulevard Shopping Mall Miri.
Yang lebih menarik, turut menjemput dua tetamu istimewa lain, Kotaro Kakimoto (pelakon) dan Kaeda Kakimoto, juga akan menyertai acara ini.
Untuk mendapatkan tiket, anda boleh mendapatkannya dari Sunny Meido Cafe. Mulai dari 27 Mac 2024, anda boleh pergi ke kaunter sokongan di Sunny Meido Cafe untuk mendaftar. Tetapi jangan risau jika anda tidak dapat ke sana, kerana anda juga boleh membeli tiket anda di laman web rasmi kami: https://ageconvention.com
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menghidupkan semula memori manis menonton siri Kamen Rider yang mengujakan di masa silam. Acara istimewa yang pasti akan membawa anda kembali ke zaman kegemilangan era kegemaran anda!