• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Festival Muzik Terbesar Di Sarawak, Tempahan Tiket Pra-Jualan #RWMF2023 Kini Dibuka

Oleh
Nazihah AN
14 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Festival Muzik Terbesar Di Sarawak, Tempahan Tiket Pra-Jualan #RWMF2023 Kini Dibuka

Pre-sale tiket untuk Rainforest World Music Festival ke-26 (RWMF) kini telahpun dibuka!

Festival Muzik Terbesar Di Sarawak, Tempahan Tiket Pra-Jualan #RWMF2023 Kini Dibuka. Dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), RWMF ke-26 akan kembali dengan penuh pada tarikh 23 hingga 25 Jun di Sarawak Cultural Village (SCV) di sini.

Dengan tema ‘Reflections’, RWMF 2023 adalah peluang bagi peminat festival untuk bersatu dengan alam semula jadi dan menghayati pelbagai gaya muzik dengan nilai-nilai yang lebih mendalam untuk menghargai dunia.

Kredit gambar: Twitter @IniAlalalannn

Festival ini juga mempromosikan amalan dan inisiatif lestari, menjadikan Sarawak sebagai destinasi ekopelancongan utama bagi generasi peminat muzik.

Menampilkan jumlah keseluruhan 199 orang pemuzik dari 12 negara dari empat benua, peminat festival juga boleh menikmati persembahan dari pemenang Anugerah Grammy, Gipsy Kings bersama Tonino Baliardo dari Perancis; Big Mountain dari Jamaica dan Amerika Syarikat – terkenal dengan lagu hit mereka ‘Baby I Love Your Way’, Rastak dari Iran dan Fasylive dari Maldives, antara lain.

Senarai artis juga akan merangkumi persembahan dari Jepun, Hong Kong, dan Singapura.

RWMF2023 juga akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat tempatan Malaysia yang termasuk Zee Avi, Suk Bini, Aseana Percussion Unit, Nadir, Steve Thornton & Afroasia, Sada Borneo, Tuku Kame, Nading Rhapsody, Geng Wak Long, Buloh Bekocak, At Adau, Meruked, dan Orang Orang Drum Theatre.

Festival Muzik Terbesar Di Sarawak, Tempahan Tiket Pra-Jualan #RWMF2023 Kini Dibuka

Tiket pra-jualan boleh didapati di platform jualan tiket Klook dalam pelbagai kategori.

Tiket dewasa untuk 1 hari (Jumaat/Ahad) berharga RM230, manakala tiket dewasa untuk 1 hari pada hari Sabtu berharga RM260. Untuk tiket dewasa selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu / Sabtu dan Ahad), harganya adalah RM440.

Tiket dewasa untuk 3 hari pula berharga RM590. Harga tiket kanak-kanak pula adalah RM80 untuk tiket 1 hari – dalam tawaran terhad.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi RWMF di rwmf.net.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

‘Skip’ Beberapa Tour Di Asia Tenggara, Coldplay Bakal Adakan Konsert Di Malaysia November Ini
Mengenali Lebih Dekat Kaum Melanau, Ketahui Pesta Kaul Acara Tahunan Unik Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘The Best Gawai Song Ever’, Lagu Anang Malu Oleh Global Gibbon Ini Tarik Perhatian Ramai
Next Article Menarik Pada Bulan Ini, Miri Food Festival Bakal Berlangsung Dengan Pelbagai Makanan Best Dan Sedap Menarik Pada Bulan Ini, Miri Food Festival Bakal Berlangsung Dengan Pelbagai Makanan Best Dan Sedap

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?