• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia

Oleh
Ismail NA
29 Mac 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Tahniah kepada kru produksi!

Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia. Filem indie yang bergenrekan seram thriller iaitu Belaban Hidup : Infeksi Zombie sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menggemparkan Malaysia dengan anugerah terbaharu yang dimenanginya di Russia.

Isi Isi Penting
  • Tahniah kepada kru produksi!
  • Asal daripada sebuah filem pendek, keunikan budaya Dayak Sarawak jadi faktor ‘wow’ kemenangan
  • Malaysia kekurangan karya filem Iban
  • Pelakon utama berusaha keras untuk kuasai bahasa Iban sebaiknya
  • Baca juga filem Sarawak yang pernah memenangi anugerah :

Minggu lalu, filem yang menggunakan bahasa Iban tersebut telah menerima anugerah festival filem indie di Singapura. Kejayaan yang tidak disangka kembali menjadi milik mereka apabila diumumkan sebagai pemenang dalam kategori Filem Cereka Terbaik dan Filem Seram Terbaik di Festival Filem Seni Simbolik Antarabangsa di St. Petersburg, Russia, pada 27 Mac yang lalu.

Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia
Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia

Sebaik sahaja menerima anugerah kedua filem tersebut, pengarah yang juga merupakan penerbit filem yang menggunakan dana daripada FINAS ini, iaitu Ray Lee menyatakan rasa teruja dan bangga atas pencapaian yang secara tidak langsung menyerlahkan Malaysia di mata dunia. Jelas pengarah berusia 45 tahun ini, belia berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi buat pembikin filem muda di luar sana untuk tidak berputus asa untuk menghasilkan karya kreatif yang mampu membanggakan negara.

Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia
Ray Lee, pengarah dan penerbit filem Belaban Hidup : Infeksi Zombie. Sumber : Ray Lee

Asal daripada sebuah filem pendek, keunikan budaya Dayak Sarawak jadi faktor ‘wow’ kemenangan

Asalnya, filem Belaban Hidup ini merupakan sebuah filem pendek yang kemudian diubah menjadi sebuah filem penuh. Filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainment ini juga membuktikan bahawa budaya unik Sarawak juga menarik untuk dipertontonkan kepada audiens antarabangsa. Malah, ada yang terkejut setelah mendapat tahu bahawa karya ini merupakan karya dari Malaysia.

Ray juga memberitahu bahawa keunikan budaya di Sarawak berkemungkinan menjadi faktor ‘wow’ yang menjadikan filem tentang serangan zombie ini lebih menarik untuk ditonton, justeru itu memenangi dua anugerah antarabangsa setakat ini. Ray turut menambah pendapatnya bahawa industri perfileman antarabangsa berkemungkinan dahagakan karya yang unik dan sarat dengan budaya seperti ini.

Selain dua festival filem di Russia dan Singapura, filem ini turut mendapat nomimasi di Los Angeles Marina Del Rey Film Festival selain masih menunggu layak ke nominasi festival filem seperti Paris Film Festival, Hollywood Blood Horror Festival dan the Swedish Film Award.

Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia
Ihsan : Hornbill Films Sdn Bhd

Malaysia kekurangan karya filem Iban

Idea filem ini muncul pada tahun 2016 apabila Ray yang juga merupakan anak jati Sarawak bekerjasama dengan penulis skrip, Misha Minut yang berasal dari Limbang untuk menghasilkan karya ini. Sedar akan kekurangan karya Iban dalam industri filem negara, beliau kemudiannya mengambil inisiatif ini untuk memperkayakan lagi kelainan dalam filem Malaysia.

Malah, filem ini juga menyelitkan mesej-mesej penting dan bukan semata-mata untuk hiburan. Dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan Ogos depan, Ray berharap agar dapat menyegerakan tayangan filem ini bagi merancakkan sambutan susulan kemenangan yang dimenanginya.

Pelakon utama berusaha keras untuk kuasai bahasa Iban sebaiknya

Pelakon utamanya, Pablo Amirul sebaliknya bukanlah rakyat Sarawak namun dalam filem ini, beliau telah memegang watak sebagai seorang pahlawan Iban yang bernama Gadang. Pablo turut mengakui bahawa filem ini adalah filem yang paling sukar dilakonkan sepanjang kariernya kerana 80% lakonannya memerlukan Pablo bertutur dalam bahasa Iban. Syukur beliau mampu melakukannya sehingga tamat penggambaran namun gentar menunggu respon daripada masyarakat penutur asalnya di Sarawak. Apa-apa pun, Pablo mengucapkan tahniah kepada semua pelakon dan kru produksi kerana kejayaan yang diraih ini adalah milik semua yang terlibat menjayakan filem ini.

Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia
Pablo Amirul sebagai Gadang.
Sumber : rayleeproducer.blogspot.com

Selain Pablo, filem ini dibintangi Pekin Ibrahim, Altimet, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey.

Filem ini berkisarkan tentang sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila.

Sekali lagi, tahniah diucapkan!

Baca juga filem Sarawak yang pernah memenangi anugerah :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 1 Kluster Baharu Diisytiharkan Di Sarawak Hari Ini, 2 Kematian Melibatkan Jangkitan COVID-19
Next Article 6 Life Hacks Harian Yang Berguna Di Tiktok Yang Anda Perlu Cuba

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?