• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: 1 Kluster Baharu Diisytiharkan Di Sarawak Hari Ini, 2 Kematian Melibatkan Jangkitan COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
29 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Hari ini terdapat 192 kes positif baharu dikesan di Sarawak.

TERKINI: 1 Kluster Baharu Diisytiharkan Di Sarawak Hari Ini, 2 Kematian Melibatkan Jangkitan COVID-19. Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) lagi kluster baharu iaitu Kluster Taman Vistagro, Sri Aman, Sarawak. Kluster Taman Vistagro, Sri Aman adalah satu kluster komuniti yang telah dikesan di kawasan perumahan di Taman Vistagro di bandar Sri Aman.

Sehingga hari ini, sebanyak 33 kluster yang masih aktif. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 9 kluster yang melaporkan terdapat penambahan kes. Manakala 24 kluster lagi tidak ada penambahan kes.

TERKINI: 1 Kluster Baharu Diisytiharkan Di Sarawak Hari Ini, 2 Kematian Melibatkan Jangkitan COVID-19
TERKINI: 1 Kluster Baharu Diisytiharkan Di Sarawak Hari Ini, 2 Kematian Melibatkan Jangkitan COVID-19

2 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 satu di Miri dan satu lagi di Bintulu

Terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 satu di Miri dan satu lagi di Bintulu. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 105 orang.

Kes kematian ke-104 merupakan kes ke-12,017 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 62 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan.

Kes kematian ke-105 merupakan kes ke-12,994 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 51 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Bintulu dan dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 16 Mac 2021.

TERKINI: 1 Kluster Baharu Diisytiharkan Di Sarawak Hari Ini, 2 Kematian Melibatkan Jangkitan COVID-19

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menamatkan tempoh PKPD Kampung Bintawa Ulu dan Tengah, Kuching

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menamatkan tempoh PKPD Kampung Bintawa Ulu dan Tengah, Kuching pada hari ini memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu. Di samping itu juga tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut.

Hari ini terdapat 192 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Miri (47), Bintulu (38), Sibu (33), Kuching (23), Samarahan (13), Sri Aman (8), Kanowit (7), Serian (7), Sarikei (6), Kapit (4), Sebauh (2), Bau (1), Lawas (1), Marudi (1) dan Subis (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 16,061 kes.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Banyak Aduan Tentang Miri Dicemari Bau ‘Busuk’ Bubuk, Sekali Ini Respon Pedas Netizen
Next Article Filem Pahlawan Iban, Belaban Hidup : Infeksi Zombie, Menang Lagi Di Russia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?