• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap Dia’, Air Sun Valley Jadi Tumpuan Semenanjung

Oleh
ILB - AI
31 Mac 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Air keluaran Borneo yang sedap dan ‘famous’ di kalangan Sabah dan Sarawak

‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap Dia’, Air Sun Valley Jadi Tumpuan Semenanjung. Sun Valley Grenadine merupakan air sirap yang dijual di Borneo sahaja iaitu di Sabah dan Sarawak. Sebut sahaja nama air ini, pasti seluruh borneo mengenalinya, lebih-lebih lagi dihidangkan semasa Hari Raya.

Isi Isi Penting
  • Pertama kali minum, terus ‘belalak’
  • Mencari air ini di Kl tetapi tak jumpa
  • Solo Borneo Mart jadi penyelamat kerana menjual pelbagai produk Borneo
  • Pelbagai reaksi dari orang Borneo

Bagaimanapun, seorang individu menceritakan pengalamannya meminum air jenama Sun Valley buat kali pertama di Sabah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu, dia menceritakan kesedapan air tersebut.

Air Sun Valley Jadi Tumpuan Semenanjung
Sumber: Fida Firdauz

Pertama kali minum, terus ‘belalak’

“Pertama kali aku rasa air ni kat Sabah. Ingatkan sirap tapi baunya lain,” tulisnya di Facebook.

“Aku ingatkan dah campur soda atau 7up kot, lain macam sedap dia weh,” ujar individu yang minum buat pertama kalinya.

Difahamkan, dia pergi ke sebuah rumah di Sabah dan dihidangkan air tersebut oleh tuan rumah. Selepas itu, dia bertanya tentang jenis air yang disediakan, dan tuan rumah menunjukkan kepadanya botol Sun Valley ini.

Mencari air ini di Kl tetapi tak jumpa

Dia juga mendakwa selepas pulang dari Sabah, dia mencari air ini di merata tempat di Kuala Lumpur tetapi tidak menjumpainya.

“Balik KL cari merata tempat tapi tak jumpa. Apa bendalah takda jual kat KL ni, geramnya lahai,” luahannya kerana kecewa tidak jumpa air sun valley di tempat kediamannya, KL.

Solo Borneo Mart jadi penyelamat kerana menjual pelbagai produk Borneo

Dalam pada itu, dia menyatakan akhirnya dia jumpa air tersebut di kedai penyanyi, Lan Solo, yang menjual banyak produk dari Borneo termasuk air Sun Valley.

Malah, dia menyediakan pautan Shopee ke kedai Lan Solo serta satu lagi pautan kedai yang agak murah untuk penduduk Borneo yang bermastautin.

“Hidangkan masa berbuka atau raya, confirm orang tak makan, asyik minum je. Kena buat air bandung selasih,” katanya.

Pelbagai reaksi dari orang Borneo

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon daripada netizen Borneo. Ada yang memberikan cadangan atau cara untuk menggabungkan air Sun Valley dengan jenis air lain untuk menjadikannya lebih sedap dan lazat sehingga anda menjilat jari.

Air Sun Valley Jadi Tumpuan Semenanjung
Sumber: Fida Firdauz
Air Sun Valley Jadi Tumpuan Semenanjung
Sumber: Fida Firdauz
Air Sun Valley Jadi Tumpuan Semenanjung
Sumber: Fida Firdauz

Baca juga kisah yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/inilah-5-produk-legend-yang-hanya-dijual-di-sarawak/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baik Pulih Infrastruktur, Sarawak Terima Lebih RM170 Juta Untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar Baik Pulih Infrastruktur, Sarawak Terima Lebih RM170 Juta Untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar
Next Article Beam Akhirnya Buat 'Comeback' Sewa 150 E-Skuter Buat Pelajar UITM Samarahan Beam Akhirnya Buat ‘Comeback’ Sewa 150 E-Skuter Buat Pelajar UITM Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?