• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak

Oleh
Ismail NA
2 November 2023
Kongsi
7 Min Bacaan
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak

Produk Ini Boleh Bikin Anak Sarawak Homesick!

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak. Tahukah anda bahawa terdapat sesetengah produk hanya dijual di negeri tertentu sahaja walaupun kilang pengeluarannya bukan di negeri jualan?

Atau anda baru pertama kali mendengar nama produk ini? Kalau anda merupakan anak jati Sarawak, pasti produk ini memang anda kenali sejak anda kecil. Tipulah kalau tak pernah dengar.

Di sini kami senaraikan 5 produk legend yang hanya dijual di Sarawak. Let’s check it out!

1. Kicap Tong Nam

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak. Kredit : Shopee Malaysia

Bukan orang Sarawak lah kalau tak makan kicap Tong Nam. Kicap soya pekat ini merupakan sejenis kicap masin yang sangat popular di Sarawak sehingga ia digelar “kicap orang Sarawak”. Walau pun kilang pembuatannya berada di Semenanjung, tapi pasaran kicap Tong Nam setakat ini tertumpu di Sarawak sahaja. Disebabkan itu jugalah, kicap ini menjadi kegemaran ramai di Sarawak sebelum kedatangan jenama kicap-kicap yang lain.

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak

Jika rakyat Sarawak diajak bercerita tentang makanan, kicap Tong Nam ini semestinya mengingatkan mereka kepada zaman kanak-kanak mereka kerana kicap ini dapat mengangkat selera makan. Apa lagi kalau dimakan bersama nasi panas dan telur mata. Fuhh, padu beb!

2. Sardin Pedas Smiling Fish

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Kredit : Shopee Malaysia

Produk sardin yang berasal dari Thailand ini cukup mendapat tempat istimewa di hati penduduk Sarawak. Rasa pedas-pedas manisnya cukup menyelerakan sehingga licin pinggan dibuatnya. Apa yang membezakan sardin pedas ini dengan jenama sardin yang lain ialah ia merupakan “fried sardine”. Maknanya, ikan sardin akan digoreng terlebih dahulu sebelum diproses bersama sos pedas. Kebiasaannya, sardin pedas manis ini dimasak dan diolah semula dengan tambahan terung asam untuk rasa yang lebih padu. Patutlah nyaman semacam. Makan terus dari tin pun boleh.

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Kredit : FB I Love Sarawak

Walau pun produk ini berasal daripada Thailand dan dijual di pasaran Sarawak, sayang sekali bagi penduduk di Semenanjung Malaysia kerana sardin ini tiada di sana. Untuk mendapatkan sardin pedas manis ini, anda boleh mendapatkannya melalui kiriman kawan-kawan dari Sarawak atau membuat pembelian di Shopee.

3. Sirap Sun Valley Grenadine

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak. Kredit : Andi Khairul

Sirap Sun Valley Grenadine ini juga merupakan salah satu produk keluaran syarikat pengeluar minuman, F&N. Walau pun syarikat ini ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, namun variasi produk yang dipasarkan agak berbeza antara Malaysia Barat (Semenanjung) dan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak). Antaranya ialah sirap grenadine ini. Perisa grenadine ini adalah sebenarnya perisa delima atau pomegranate. Pada asalnya, jenama Sun Valley ini adalah rangkaian sirap yang berasingan namun kini disatukan di bawah variasi sirap F&N. Packaging nya pun sudah melalui zaman transformasi, okay?

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Botol Sirap Sun Valley pada zaman 80 an. Jenama sirap ini hanya didapati di pasaran Sarawak dan Sabah. Kredit : mgtbobber.blogspot.com
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Keluaran pada waktu ini mempunyai corak daun embossed pada botol. Kredit : mgtbobber,blogspot.com
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Kredit : mgtbobber.blogspot.com

Ada juga yang menyangka bahawa selama ini sirap ini merupakan sirap ros tetapi sebenarnya bukan ya, kawan-kawan.

4. Air Minuman Sundrop

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak. Kredit : FB Sundrop

Jika anda ingin merasai minuman oren dan limau Sarawak style, anda patut mencuba air minuman Sundrop ini. Untuk pengetahuan anda, air minuman Sundrop ini mempunyai rasa oren dan limau yang boleh dikatakan ekstrim sehingga membuatkan air liur anda tiba-tiba terasa kembang hanya dengan memikirkan minuman ini. Dari kedai-kedai runcit di kampung sehinggalah kedai 24 jam 7 Eleven, air minuman Sundrop ini dijual di mana-mana. Tapi sayangnya, ia hanya ada di Sarawak. Hebat tak hebat penangan air minuman Sundrop ini?

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Air minuman Green Spot atau gelaran Sarawaknya “air lemenet” juga merupakan minuman legend pada suatu ketika dulu kerana botolnya dikitar semula dan menjadi minuman wajib setiap kali menjelang perayaan.
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Kredit : ayerlamned.blogspot.com

Untuk pengetahuan anda, syarikat Sundrop ini pada asalnya merupakan sebuah syarikat minuman Green Spot International dari Pasadaena, Amerika Syarikat. Namun kemudiannya bertukar kepada Sundrop Fruit Juices Bhd. setelah ia mengeluarkan pelbagai minuman selain minuman keluaran Green Spot.

5. Cornbeef Daging

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak. Kredit : Mydin Online

Cornbeef merupakan daging yang telah dicincang halus dengan perapan garam dan kebiasaannya boleh didapati dalam bentuk makanan tin. Kalau anda datang ke Sarawak, anda harus mencuba hidangan cornbeef ini di kedai-kedai makan. Nasi goreng cornbeef, mi goreng cornbeef, cornbeef goreng, dan pelbagai lagi menu cornbeef.

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Nasi goreng cornbeef. Kredit : Jalur Beringin Kitchen & Steakhouse

Di United Kingdom, cornbeef ini dikatakan popular kerana ia merupakan hidangan ringkas dan senang dimasak. Selain itu, ia juga merupakan makanan penting semasa era perang dunia kedua kerana daging lembu terpaksa dicatu pada waktu itu akibat kekurangan bekalan. Cornbeef yang diakui halal setakat ini ialah keluaran syarikat Sarawak sendiri iaitu Pawada Corn Beef.

6. Mee Lee Fah

Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak
Inilah 6 Produk Legend Yang Hanya Dijual di Sarawak. Kredit gambar: FB Jenifer Lawrence/ Roger Lee

Merupakan jenama tempatan, Lee Fah ini sememangnya jenama legend dan popular di Sarawak. Mereka bukan sahaja telah mengeluarkan pelbagai variasi produk mee segera, mereka juga ada mengeluarkan produk lain seperti snek makanan ringan.

Bihun Segera Laksa Sarawak Lee Fah ini menjadi salah satu makanan segera yang amat disukai penduduk tempatan. Bukan itu sahaja, bagi anak Sarawak yang menetap di Semenanjung, mereka boleh membawa Laksa Sarawak segera ini untuk dinikmati di sana nanti.

Jika diamati, kesemua produk yang disenaraikan adalah produk yang berasaskan makanan. Jadi, memang benarlah bahawa makanan dapat membawa seribu kenangan dan ingatan, terutamanya bagi mereka yang bukan berasal dari tanah Sarawak. Anak perantau negeri lain pun terkenang-kenang, inikan pula orang asal Sarawak sendiri yang sudah membesar dengan produk-produk legend ini.

Jangan lupa like dan share post ini dan tag kawan-kawan anda atau saudara anda yang craving produk dari Sarawak.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah:

Kalahkan Sushi Dari Jepun, Laksa Sarawak Dapat Ranking Teratas Makanan Tradisional Di Asia
Bubur Buang Panas Ini Sebenarnya Bukan Bubur, Tapi Sejenis Minuman Popular Di Sibu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempat Menarik Di Sandakan Yang Anda Perlu Tahu
Next Article Panduan Permohonan Baharu Sumbangan Tunai Rahmah STR

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?