• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Food Lovers Wajib Cuba 5 Makanan Ini Sekiranya Ke Kuching

Oleh
Aina Musa
1 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Food Lovers Wajib Cuba 5 Makanan Ini Sekiranya Ke Kuching

Anda wajib cuba kelima-lima makanan ini sekiranya berkunjung ke Kuching

Ini ‘Top 5’ Makanan Kegemaran Warga Kuching Yang Perlu Anda Cuba. Kuching merupakan sebuah bandaraya di negeri Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian makanan tempatannya. Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi 5 jenis makanan tempatan yang pastinya akan memukau selera anda ketika berkunjung ke Kuching.

1. Butter Cheese Cake by Mita

Mita CakeHouse merupakan salah satu bakeri legend yang terkenal di Sarawak dan telah beroperasi dari tahun 1987 lagi. Cawangan pertamanya terletak di Jalan Ban Hock Kuching dan sejak itu bakeri ini menjadi salah satu bakeri kegemaran penduduk tempatan di Sarawak.

Food Lovers Wajib Cuba 5 Makanan Ini Sekiranya Ke Kuching
Food Lovers Wajib Cuba 5 Makanan Ini Sekiranya Ke Kuching. Kredit: Google

Di sini, butter cheese cake mereka antara produk yang dikatakan ‘laku keras’ dan setiap pengunjung yang datang ke Kuching akan membeli kek ini sebagai buah tangan. Rasanya yang berlemak manis sangat sesuai dipadankan dengan teh o ataupun kopi o.

2. Ais Krim Gula Apong

Sekiranya ke Kuching, jangan lupa untuk mencuba dessert terkenal buat warga Kuching iaitu ais krim gula apong. IG Gula Apong dikatakan antara port kegemaran warga lokal untuk menikmati manisan ini.

Food Lovers Wajib Cuba 5 Makanan Ini Sekiranya Ke Kuching

Difahamkan, ais krim ini dihasilkan daripada nira pokok nipah yang tumbuh liar di sepanjang tebingan sungai di Sarawak dijadikan sebagai sirap gula dan penambah rasa dalam ais krim tersebut.

3. Mi Kolok

Walaupun mi kolok ini boleh didapati di mana-mana ‘ceruk’ dalam bahagian Sarawak, tetapi mi kolok di Kuching dikatakan antara yang terbaik berdasarkan pengalaman pengunjung ke bandar Kuching.

Food Lovers Wajib Cuba 5 Makanan Ini Sekiranya Ke Kuching

Jadi, sekiranya anda berkunjung ke Kuching, jangan lupa untuk mencuba beberapa kedai yang menawarkan hidangan mi kolok mengikut cita rasa warga Kuching. Antaranya, Sepinang Sari, Warung Kak Bedah dan Laila Inn Cafe.

4. Suntong Tutok

Suntong tutok yang merupakan hidangan sotong kering yang dibakar dan kemudiannya diketuk atau digiling amat terkenal bagi warga Kuching. Dahulu, hidangan ini hanya disajikan semasa bulan puasa.

Tetapi disebabkan permintaan tinggi dari warga Kuching sendiri, suntong tutok ini turut dijual pada hari-hari biasa. Difahamkan, selain Kuching hidangan ini sukar didapati di kawasan-kawasan lain di Sarawak.

5. Seafood Topspot Jalan Bukit Mata

Buat anda pencinta makanan laut, Topspot di Jalan Bukit Mata ini merupakan destinasi yang wajib anda singgah. Di sini boleh diibaratkan ‘syurga’ makanan laut kerana hampir 30 buah kedai makanan berasaskan seafood di jual di sini dengan berkonsepkan food court.

Setiap kedai pula mempunyai menu-menu ‘signature dish’ mereka. Sekiranya ke sini, jangan lupa untuk mencuba minuman air kelapa longan dan tebu lemon yang pastinya antara menu rare di sini.

Baca lagi artikel menarik:

Lepau Uten Port Terbaik ‘Healing’ Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau
‘Legend’ Di Kota Samarahan, Anda Wajib Cuba Nasi Ayam Mak Entek Di Desa Ilmu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tuak, Minuman Tradisi Masyarakat Dayak 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Tuak, Minuman Tradisi Masyarakat Dayak
Next Article Ini Waterfall Tersembunyi Yang Anda Perlu Terokai Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?