• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Lepau Uten Port Terbaik ‘Healing’ Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau

Oleh
Aina Musa
26 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Lepau Uten Port Terbaik 'Healing' Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau

Lepau Uten Port Terbaik memacing ikan sambil healing!

Lepau Uten Port Terbaik ‘Healing‘ Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau. Istilah ‘healing’ kini tidak asing lagi bagi masyarakat terutamanya bagi generasi Z! Biasanya mereka lebih memilih untuk hiking di gunung sambil melihat matahari terbit ataupun terbenam.

Ataupun ada yang akan ke pantai sambil mendengar deruan ombak untuk mendalami istilah healing yang sebenar!

Lepau Uten Port Terbaik 'Healing'  Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau
Lepau Uten Port Terbaik ‘Healing’ Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau. Kredit: Urun Belaga Discovery

Buat anda yang berada di Sarawak, apa kata anda ke Lepau Uten, Lorong Urun yang terletak di Belaga untuk menenangkan fikiran anda yang bercelaru dek kerana lambakan kerja.

Lepau Uten dalam bahasa Kenyah yang bermaksud pondok uten adalah satu-satunya homestay yang terletak di antara Banjaran Dulit yang memisahkan bahagian Tinjar dan Belaga.

Di sini, anda bukan sahaja dihidangkan dengan suasana yang tenang bahkan anda juga bakal merasai keaslian air sungai yang putih bersih dan jernih.

Sambil-sambil bermalam di homestay Lepau Uten, pelbagai aktiviti menarik juga boleh dilakukan di sini.

Antaranya anda boleh mandi-mandi di sungai tersebut ataupun sekadar berkelah di tepi sungai!

Lepau Uten Port Terbaik 'Healing'  Sambil Memancing Ikan Kayangan Empurau

Buat anda yang mempunyai keinginan untuk berkayak, anda juga boleh melakukan aktiviti tersebut di sini. Sungainya yang tenang dan tidak begitu mencabar sangat sesuai untuk anda yang baru-baru berjinak dengan aktiviti ini.

Paling best, buat penggemar aktivti memancing anda juga boleh memancing di sungai ini!

Difahamkan, kedalaman airnya dikatakan mencecah 80 kaki dan ikan-ikan air tawar banyak dijumpai di sini.

Antaranya adalah ikan baung, ikan semah dan ikan kayangan Sarawak iaitu ikan empurau!

Untuk ke Lepau Uten ini perjalanan dianggarkan mengambil masa selama dua jam dengan melalui Jalan Balak Lama.

Untuk ke sini, pengunjung boleh memandu sendiri kenderaan pikap dari Bintulu ataupun Miri ke simpang Bakun/Sungai Asap.

Dari sana, pengunjung perlu memandu sekitar 35 minit melintasi Highway Cafe di sebelah kanan sehinggalah sampai ke simpang ke Long Urun atau Lepau Uten di kiri jalan.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/batang-ai-waterpark-antara-tarikan-awesome-terbaru-di-sri-aman-yang-patut-anda-cuba/
Family Hideout Lundu, Lokasi Istiwewa ‘Camping’ Dengan Tenang Di Sampadi

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiba-Tiba Keluar Dari Celah Pokok, Budak 5 Tahun Maut Digilis Lori
Next Article Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?