• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadai Emas Untuk Modal Perniagaan, Kini Wanita Dari Kuching Ini Raih Pendapatan RM20,000 Sebulan

Oleh
Husna Hazmi
17 November 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Diharapkan agar kisah ini boleh menjadi tatapan bagi kita untuk berjaya!

Gadai Emas Untuk Modal Perniagaan, Kini Wanita Dari Kuching Ini Raih Pendapatan RM20,000 Sebulan. Terdapat pelbagai dugaan dan rintangan yang akan dihadapi bagi seseorang individu itu untuk memulakan perniagaan.

Isi Isi Penting
  • Diharapkan agar kisah ini boleh menjadi tatapan bagi kita untuk berjaya!
  • Nurul Arfiqah Ali berusia 30 tahun
  • Mula menceburi bidang ini pada tahun 2016
  • Setiap hari, dia mengambil tempahan sekitar 250 balang ‘conflake’
Gadai Emas Untuk Modal Perniagaan, Kini Wanita Dari Kuching Ini Raih Pendapatan RM20,000 Sebulan. Kredit gambar: Astro Awani

Nurul Arfiqah Ali berusia 30 tahun

Kisah seorang wanita cekal dari Kampung Senari Jalan Bako, Kuching yang ingin mengubah kehidupan diri dan keluarganya ini boleh dijadikan contoh bagi semua. Nurul Arfiqah Ali berusia 30 tahun mengambil keputusan untuk menggadai emas miliknya untuk dijadikan modal memulakan perniagaanya.

Namun, perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangat founder Crunchynut Cornflakes ini dan hasil daripada titik peluhnya, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan. Modal hasil jualan emas tersebut digunakan untuk membeli semua bahan dan juga peralatan bagi perniagaan.

Gadai Emas Untuk Modal Perniagaan, Kini Wanita Dari Kuching Ini Raih Pendapatan RM20,000 Sebulan
Kredit gambar: Instagram Crunchynut Cornflakes

Mula menceburi bidang ini pada tahun 2016

Ketika ditemubual oleh Astro Awani Arfiqah berkata bahawa, dia mula menceburi bidang ini pada tahun 2016 dengan membantu ibu mentuanya membuat ‘conflake’ .

“Selepas itu terbiasa buat ‘conflake’ dan kawan-kawan juga suka makan, mereka kata ‘kenapa saya tidak jual’.” katanya.

Dari situlah tercetusnya idea usahawan wanita ini untuk memulakan perniagaannya. Dia bermula secara kecil kecilan dan sebelum ini dia membuat ‘conflake’ tersebut suka-suka untuk dihidangkan kepada kawan namun kini ianya mendapat permintaan yang amat baik.

Usahawan wanita yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini berkata bahawa si suaminya juga Shamimi Mohd, berusia 33 tahun menjadi tulang belakang dan pembakar semangat bagi dirinya untu melebarkan lagi sayap perniagaannya itu.

Gadai Emas Untuk Modal Perniagaan, Kini Wanita Dari Kuching Ini Raih Pendapatan RM20,000 Sebulan
Kredit gambar: Instagram Crunchynut Cornflakes

Setiap hari, dia mengambil tempahan sekitar 250 balang ‘conflake’

Setiap hari, dia mengambil tempahan sekitar 250 balang ‘conflake’ namun pada musim perayaan, ianya boleh mencecah 1,000 balang sehari. Oleh kerana perniagaannya itu mendapat sambutan yang baik, Arfiqah kini pula membuka peluang penduduk setempat khususnya suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan.

“Setakat ini saya nampak memang sudah ada perkembangan, dari segi saya membantu ejen (perniagaan) dan memang saya ambil daripada kalangan suri rumah tangga yang tidak bekerja”.

Kemudian, Arfiqah akan mengajar mereka cara-cara berniaga dan memasarkan produk tersebut dari A sampai Z.

“Setakat ini Alhamdulillah dapat membantu mereka,” katanya lagi.

Mengenai kelebihan produk yang dihasilkan, Nurul Arfiqah berkata resepi sambal yang dipelajari daripada ibu mentuanya merupakan bahan utama untuk diadun bersama emping jagung, menjadi tarikan utama pelanggan.

Untuk memastikan kepekatan dan keranggupan cornflakes sambal tersebut dimasak sekurang-kurangnya satu jam. Di samping itu, dia juga berkata bahawa pemasaran secara digital termasuk menggunakan media sosial seperti Facebook telah membantu melonjakkan lagi permintaan daripada pelanggan dari seluruh negara.

Pada masa yang sama, Nurul Arfiqah berkata bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri sedikit sebanyak meringankan beban perniagaannya, sekali gus membantu dia memasarkan produk. Antara produk yang dihasilkan usahawan wanita ini ialah conflakes ikan bilis, conflakes gajus; conflakes kacang; serta conflakes sambal gajus.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Next Article Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?