I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti

Oleh Kedung BK
Dikirim pada 18/11/21 12:33 PM
Kongsi
4 Min Bacaan
Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti
Kongsi

Mereka dilihat berenang bersama-sama di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti!

Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti. Apa yang pernah menjadi pemandangan yang jarang berlaku, kini beberapa ahli pasukan marin SFC telah dikurniakan pemandangan indah ikan lumba-lumba Pan-Tropical di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti (MSCRNP)!

Apa yang menjadikan pemandangan ini lebih menarik adalah ikan lumba-lumba berkenaan bukan sahaja dalam kumpulan kecil, tetapi terdapat 20 ekor dalam satu kumpulan pada masa yang sama! Sungguh mengagumkan!

Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti
Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti

Manifestasi kejayaan Sarawak Reef Ball Project

Seperti yang dilaporkan oleh Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), dua puluh ekor ikan lumba-lumba itu dilihat berenang riang bersama-sama dalam keadaan seirama di perairan laut yang indah berwarna biru. Dari jawatan itu, mereka berkata,

“Penampakan ikan lumba-lumba ini di MSCRNP adalah manifestasi kejayaan Sarawak Reef Ball Project dalam usaha untuk memulihara, melindungi, menjana semula dan meningkatkan biodiversiti marin di perairan MSCRNP.”

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

Synchronised Swimming’ by 🐬🐬🐬Look what we found. Our SFC marine team was fortune to see a group of Stenella attenuata: Pan-Tropical spotted dolphins at play in our very own Miri Sibuti Coral Reefs National Park (MSCRNP). Not just one but 20 dolphins synchronized swimming happily playing in the pristine blue waters.The sighthing of dolphins in MSCRNP is manifestation of the success of the Sarawak Reef Ball Project in the effort to conserve, protect, regenerate and enhance marine biodiversity off MSCRNP’s waters. The reef balls deployed have serve as passive enforcement that hinders trawlers from entering the park’s waters thus providing a safe haven for the dolphins.In 2018, a number of 600 artificial reef balls were deployed at the Batu Belais and Seafan D coral reefs area in Miri-Sibuti Coral Reefs National Park to further intensify marine life conservation and protection.Kudos SFC 💪💪💪—— #SFC is the custodian of #nationalparks and #wildlife in #sarawakVisit us at www.sarawakforestry.com#SFCsarawak #SFCparksandwildlife #teamSFC #iCARE

Posted by Sarawak Forestry Corporation on Monday, November 15, 2021

Dimulakan oleh SFC pada tahun 2018, Sarawak Reef Ball Project merupakan sebuah projek berterusan yang bertujuan untuk memulihkan sistem terumbu kita kepada keadaan produktif dan semula jadi. Khususnya, projek ini menggalakkan pemuliharaan spesies marin yang terancam, terutamanya penyu laut, dengan melindungi habitat dan laluan migrasi mereka antara tempat makan dan pantai bersarang.

Sejak 2018, sebanyak 3,600 bebola terumbu tiruan telah ditempatkan di perairan Sarawak iaitu di 600 buah di perairan Belawai-Paloh, 600 di Lawas, 1,200 di Igan ke Mukah dan 1,200 di Muara Tebas ke Sebuyau.

Projek ini bermisi untuk menempatkan sejumlah 17,000 bebola terumbu tiruan ini di sepanjang pantai negeri bagi melindungi dan memulihara ekosistem marin serta mewujudkan tapak eko-pelancongan baharu bagi menyelam dan sukan memancing.

Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti
Kredit: The Star

Bebola terumbu tiruan ini bertindak sebagai penguatkuasaan pasif yang mampu menghalang bot pukat tunda daripada memasuki perairan MSCRNP, sekali gus menyediakan tempat selamat untuk ikan lumba-lumba.

Wow! Memang berhasil projek ini! Nasib baik SFC membuat inisiatif untuk memulihara dan melindungi hidupan laut kita. Namun, kita tidak boleh berharap kepada pihak SFC sahaja untuk melindungi hidupan laut kita. Kita juga perlu memainkan peranan kita – sekiranya anda terlihat ikan lumba-lumba di perairan, jangan kacau ok! Take only pictures, leave only with memories.

Baca lagi tentang ikan lumba-lumba di sini:

Kedung BK 18 November 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gadai Emas Untuk Modal Perniagaan, Kini Wanita Dari Kuching Ini Raih Pendapatan RM20,000 Sebulan
Next Article 4 Homestay ‘Muslim-Friendly’ Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

"Apa Guna Letak Hon Kalau Tak Berani Pakai?" Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri
Cerita Borneo

‘Apa Guna Hon Kalau Tak Berani Pakai?’ Orang Sarawak Ada Sebab Tersendiri

29 Jun 2022
6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang
Cerita Borneo

Ketahui 6 Modifikasi Motosikal Yang Haram Di Sisi Undang Undang

29 Jun 2022
Cerita Borneo

Netizen Teruja Lihat Lelaki Ini Terbangkan Ultraman Tiga Dada Berkelip Di Masja Kuching

29 Jun 2022
Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen
Cerita Borneo

Luah Perasaan Bagasi Tidak Dibenar Naik Kapal Terbang, Wanita Ini Disekolahkan Netizen

29 Jun 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?