I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki ‘Terkam’ Payudara Wanita Di Kuching Diberkas
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki ‘Terkam’ Payudara Wanita Di Kuching Diberkas

Oleh Husna Hazmi 18 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mangsa bawah umur itu dipercayai dicabul ketika dalam perjalanan balik daripada sekolah.

Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki ‘Terkam’ Payudara Wanita Di Kuching Diberkas. Kes gangguan seksual terutamanya bagi golongan wanita semakin hari semakin meningkat. Apa yang lebih menyedihkan adalah mangsa kepada gangguan seksual ini bukan sahaja terdiri daripada golongan dewasa, malah kanak-kanak juga menjadi mangsa kepada sexual predators ini!

Isi Isi Penting
Mangsa bawah umur itu dipercayai dicabul ketika dalam perjalanan balik daripada sekolah.Salah seorang mangsa kes cabul berkongsi pengalaman ngeri payudaranya tiba-tiba ‘diterkam’Suspek mengulangi perbuatan terkutuknya itu terhadap seorang remajaPihak polis telah berjaya menyelesaikan tiga kes cabul
Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki 'Terkam' Payudara Wanita Di Kuching Diberkas
Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki ‘Terkam’ Payudara Wanita Di Kuching Diberkas

Salah seorang mangsa kes cabul berkongsi pengalaman ngeri payudaranya tiba-tiba ‘diterkam’

Baru-baru ini, tular di sosial media di mana salah seorang mangsa kes cabul berkongsi pengalaman ngeri apabila payudaranya tiba-tiba “diterkam” lelaki yang tidak dikenali. Kejadian berlaku di kawasan kampung Semariang Batu, Kuching ketika wanita tersebut dalam perjalanan untuk membeli bahan untuk membuat kuih.

Pada 16 April lalu, polis berjaya menangkap suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dipercayai terlibat kes cabul dan amang seksual fizikal di sekitar kawasan Semariang dan Jalan Matang/Depo.

Artikel Lain

AirAsia Rancang Penerbangan Langsung Kuching-Perth Mulai 2024
Guru Sekolah Terlibat Kes Cabul Murid OKU Di Serian Bebas Dengan Jaminan Polis
Guru Sekolah Terlibat Kes Cabul Murid OKU Di Serian Bebas Dengan Jaminan Polis
U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia
U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, suspek berusia 47 tahun itu ditangkap pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dan disyaki telah mencabul dua mangsa berlainan di kawasan Semariang Batu pada 12 April lalu.

Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki 'Terkam' Payudara Wanita Di Kuching Diberkas

Suspek mengulangi perbuatan terkutuknya itu terhadap seorang remaja

Apa yang lebih menjijikkan ialah suspek dipercayai telah mengulangi perbuatan terkutuknya itu terhadap seorang mangsa remaja sekolah berusia 16 tahun dengan meraba bahagian dada mangsa.

Ashmon juga turut berkata bahawa kejadian itu berlaku pada 15 April ketika mangsa baru balik dari sekolah dan sedang berjalan kaki seorang diri menuju ke rumahnya di Jalan Matang/Depo link. 

Jelas beliau, sebuah motosikal yang dalam keadaan yang mencurigakan tiba-tiba mendekati mangsa berpura-pura ingin menanyakan sesuatu. Kemudian, suspek telah bertindak meraba bahagian dada mangsa sebelum melarikan diri.

Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki 'Terkam' Payudara Wanita Di Kuching Diberkas

Pihak polis telah berjaya menyelesaikan tiga kes cabul

Menerusi penangkapan suspek itu, pihak polis telah berjaya menyelesaikan tiga kes cabul dan amang seksual fizikal yang dilaporkan berlaku di Kuching. Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan yang selanjutnya.

Tambah beliau lagi kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan denda jika sabit kesalahan boleh dihukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Permohonan reman ke atas suspek telah diluluskan oleh Majistret Kuching selama empat hari mulai 18 hingga 21 April. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?
Next Article Seorang Remaja Dan Rakan-Rakannya Diserang Di Sebuah Restoran Di Matang, 7 Lelaki Diberkas Seorang Remaja Dan Rakan-Rakannya Diserang Di Sebuah Restoran Di Matang, 7 Lelaki Diberkas

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?