I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?

Oleh Nur Afifah 18 April 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Sanggupkah anda berpuasa lebih daripada 12 jam?

Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda? Bagi kebanyakan masyarakat di negara Asia Tenggara, waktu berpuasa tidak begitu lama dan tidak juga begitu singkat. Mengambil contoh di Malaysia, waktu berpuasa hanyalah selama 12-13 jam sahaja berdasarkan waktu siang. Namun demikian, di beberapa sisi dunia yang lain, waktu berpuasa mereka sangat panjang. Malah, ada yang berpuasa hampir 24 jam!

Dekat mana tu? Jom kita lihat.

1. Murmansk, Rusia

Tempoh berpuasa : 21 jam 41 minit

Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?
Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?

Kota yang terletak di barat laut negara Rusia dan berada di lingkaran Artik utara ini dilaporkan mempunyai tempoh berpuasa yang paling lama di dunia. Menerusi laporan Gulf News, jangka masa waktu untuk matahari tenggelam sehingga ia terbit semula hanyalah sekitar 3 jam sahaja. Ini bermakna penduduk Muslim di sini berpuasa lebih daripada 20 jam!

Untuk pengetahuan anda, matahari di sini terbenam pada jam 10 malam di mana ia merupakan waktu untuk berbuka puasa. Namun, 3 jam kemudian iaitu sekitar jam 1.40 pagi, matahari akan kembali terbit dan menandakan bermulanya puasa.

Penduduk Muslim di kota ini pula hanya dilaporkan sekitar 8,000 orang sahaja daripada keseluruhan populasi iaitu sekitar 795,409 orang.

2. Lulea, Sweden

Tempoh berpuasa : 20 jam 20 minit

Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?

Lulea pula merupakan sebuah kota yang terletak di utara negara skandinavia Sweden. Ia juga merupakan kota yang sangat hampir dengan Garisan Artik. Waktu bersahur untuk masyarakat Muslim di sini adalah pada 1.31 pagi namun mereka harus berbuka pada jam 9.51 malam.

Kebanyakan masyarakat Muslim di sini terdiri daripada masyarakat negara lain seperti dari Turki, Afghanistan, Pakistan, Iran, Iraq, Syria, dan Tunisia. Walau bagaimanapun, menurut penduduk Muslim yang berpuasa di Lulea, berpuasa di bandar ini tidak begitu sukar kerana cuaca sejuk sepanjang masa. Namun, waktu untuk mereka melakukan ibadah seperti solat sunat tarawih adalah sangat singkat.

3. Reykjavik, Iceland

Tempoh berpuasa : 19 jam 57 minit

Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?

Jika anda memiliki peluang untuk berpuasa di negara ini, pastinya ia adalah pengalaman berpuasa paling unik dalam hidup anda. Ini kerana kota ini sentiasa menyaksikan suasana matahari terbit dan kadangkala tidak mempunyai malam! Pada sesetengah waktu pula, anda akan menyaksikan suasana malam tanpa matahari terbit untuk beberapa hari.

Pusat Kajian Pew dari Amerika Syarikat menganggarkan hanya 1,000 orang sahaja Muslim berada di kota ini. Disebabkan kota ini tidak mempunyai waktu matahari terbit atau terbenam yang normal seperti negara-negara lain, para ulama mencadangkan agar penduduk Muslim di sini berpuasa mengikut waktu terbit dan terbenam di negara majoriti Muslim yang terdekat seperti Arab Saudi atau mengikut waktu tempatan matahari terbit dan terbenam.

Daripada 3 masjid yang ada di Reykjavik, 2 daripadanya memutuskan untuk mengikut waktu tempatan matahari terbit dan terbenam manakala sebuah lagi masjid mengikut waktu sahur dan berbuka di Perancis.

4. Fairbanks, Alaska

Tempoh berpuasa : 19 jam 47 minit

Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?

Fairbanks di Alaska, Amerika Syarikat juga menjadi kota dengan waktu berpuasa paling lama di dunia. Mana tidaknya, penduduk Muslim di sini bersahur pada jam 3.10 pagi dan berbuka pada jam 11.03 malam.

Walaupun populasi penduduk Muslim di Alaska hanyalah sekitar 32,751 orang, namun Pusat Komuniti Islam Anchorage di Alaska mengesyorkan umat Islam di sana untuk mengikut waktu berbuka puasa di Mekah setelah melakukan muzakarah (rundingan) bersama para ulama.

5. Oslo, Norway

Tempoh berpuasa : 19 jam 6 minit

Ini 5 Lokasi Dengan Tempoh Berpuasa Paling Lama Di Dunia, Sanggupkah Anda?

Oslo pula merupakan kota terbesar di Norway. Walaupun Islam dianggap sebagai agama minoriti di Norway namun ia merupakan agama kedua terbesar di sana selepas agama Kristian.

Dikenali sebagai negara suria tengah malam (midnight sun), berpuasa di sini semestinya amat mencabar dengan waktu berakhirnya sahur adalah pada jam 2.53 pagi manakala waktu berbuka puasa pula adalah pada jam 9.07 malam.

Seperti kebanyakan negara di kutub, umat Islam di sini boleh berbuka mengikut waktu berbuka di Mekah sekiranya tidak mampu.

Syukur untuk kita berpuasa di negara seperti Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia kerana waktu puasa tidak terlalu panjang seperti ini. Oleh yang demikian, manfaatkan waktu yang ada untuk kita memuliakan bulan Ramadan serta melakukan kebaikan. Selamat menunaikan ibadah puasa!

Nak workout tapi takut penat di bulan puasa? Boleh cuba tips ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 6 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu 7 Aktiviti Menarik Sesuai Untuk Seisi Keluarga Bercuti di Kota Kinabalu
Next Article Gadis Bawah Umur Pernah Jadi Mangsa, Lelaki ‘Terkam’ Payudara Wanita Di Kuching Diberkas

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?