• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah

Oleh
Farisha
8 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi

Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah. Alyssa, peserta dari Sabah dalam rancangan Universe Ticket, telah membuat keputusan mengejut dengan mengundurkan diri di episod ketiga. Menurut pihak produksi, pengunduran tersebut berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sesudah keputusannya itu, Alyssa sempat berkongsi pengalamannya dalam siaran langsung di Instagram, namun emosi terbawa hingga beliau tersebak dan menangis. Alyssa memberitahu akan fokus pada pendidikannya selepas ini.

Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah
Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah. Sumber: vocket

Walaupun menarik diri, Alyssa masih berharap untuk terus bergerak aktif dalam industri idola Korea

Meskipun berhenti dari rancangan ini, menurut sumber, Alyssa masih berharap dapat terus berkecimpung aktif dalam industri idola Korea. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang telah memberi sokongan tidak berbelah bagi.

Namun, pengunduran Alyssa telah membangkitkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen. Ramai yang berasa sedih dan beranggapan mungkin Alyssa mengundurkan diri kerana kurang diterima oleh rakan-rakan sekumpulannya.

Malah, ada juga yang menduga bahawa pihak produksi rancangan itu berat sebelah, memberikan ‘screen time’ yang lebih sedikit kepada Alyssa berbanding peserta lain. Sebahagian netizen turut berspekulasi bahawa mungkin Alyssa dipaksa untuk mengundurkan diri.

@universe98s

I know it supposed to be sad but she makes everyone laugh because she couldn’t find the “end live” button 😂 #ALYSSA #universeticket #universeticket_sbs

♬ original sound – Universe Ticket Rank Today – ut

Walaupun Alyssa telah mengundurkan diri dari Universe Ticket, spekulasi mengenai sebab-sebab sebenar di sebalik keputusannya masih berterusan di kalangan peminat dan netizen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Nama Tersenarai Masuk Pertandingan Jadi Bintang Kpop, Gadis Borneo Ini Tarik Perhatian Ramai
Penganjur Borneo Sonic Sahkan 4 Kpop Idol Antara Lineup Bakal Gegarkan Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syarikat Minyak Gergasi Thailand Temui 3 Lagi Rizab Gas Bermutu Di Sarawak Syarikat Minyak Gergasi Thailand Temui 3 Lagi Rizab Gas Bermutu Di Sarawak
Next Article Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?