• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Syarikat Minyak Gergasi Thailand Temui 3 Lagi Rizab Gas Bermutu Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
8 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Syarikat Minyak Gergasi Thailand Temui 3 Lagi Rizab Gas Bermutu Di Sarawak

Lagi 3 takungan gas bermutu di Sarawak

Syarikat Minyak Gergasi Thailand Temui 3 Lagi Rizab Gas Bermutu Di Sarawak. Syarikat minyak dan gas gergasi Thailand, PTTEP, berjaya menemui tiga lagi takungan hidrokarbon yang sangat bernilai tinggi di luar pantai Sarawak. Antara penemuan penting itu termasuk rizab gas batu pasir Babadon-1 yang mengandungi jumlah gas manis yang banyak, dengan ketebalanan mencecah 200 meter. Ia dianggap penemuan terbesar PTTEP setakat ini di perairan Malaysia.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif PTTEP Montri Rawanchaikul, anak-anak syarikat PTT Exploration and Production Public Company Limited iaitu PTTEP HK Offshore Limited (PTTEP HKO) dan PTTEP Sarawak Oil Limited (PTTEP SKO) berjaya menemui minyak dan gas baharu di tiga medan – termasuk telaga eksplorasi Chenda-1 di blok SK405B, telaga Bangsawan-1 dan Babadon-1 di blok SK438.

Syarikat Minyak Gergasi Thailand Temui 3 Lagi Rizab Gas Bermutu Di Sarawak
Syarikat Minyak Gergasi Thailand Temui 3 Lagi Rizab Gas Bermutu Di Sarawak. Sumber: Dayak Daily

Ketiga-tiga medan ini terletak berhampiran kawasan penemuan sebelum ini. Kesemuanya mengandungi rizab hidrokarbon yang sangat bernilai tinggi. Namun, rizab gas batu pasir Babadon-1 yang tebalnya mencecah 200 meter ini dianggap luar biasa dan bakal menjadi penanda aras baharu kepada operasi PTTEP di perairan Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan PTTEP Montri Rawanchaikul, syarikat berada dalam kedudukan strategik untuk mempercepatkan pembangunan penemuan baharu ini menerusi pendekatan pembinaan berkelompok bagi membuka laluan kepada pertumbuhan mampan di Malaysia pada masa hadapan.

Beliau menjelaskan PTTEP juga mencapai keputusan positif di telaga penilaian Sirung-2 di blok SK4056 dalam usaha mengesahkan sumber petroleum di kawasan berkenaan.

Ini menyusul penemuan minyak dan gas di telaga eksplorasi Sirung-1 pada 2021, di mana projek kini beralih ke peringkat kajian kejuruteraan.

Tambah Montri, Malaysia kekal sebagai tumpuan utama pelaburan strategik PTTEP memandangkan operasi cari gali syarikat di perairan negara ini berterusan menemui kejayaan. Syarikat kini merancang mempercepat pembangunan beberapa medan berdekatan secara bersepadu bagi memastikan pengeluaran lebih pantas dan efisien, sejajar dengan pelan pertumbuhan syarikat.

Portfolio semasa PTTEP di Malaysia merangkumi Blok SK405B, SK438, SK314A, SK417, PM407, 56412 dan SK325 yang kesemuanya masih dalam fasa penerokaan.

Medan gas Lang Lebah dan Paprika di Blok SK410B kini memasuki fasa pembangunan. Begitu juga dengan beberapa projek lain di Blok K, SK309, SK311 dan Blok H serta di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand yang telah pun berada di peringkat pengeluaran.

Dengan pengurusan sektor petroleum negara oleh PETRONAS, syarikat minyak dan gas Thailand PTTEP menjangkakan potensi pertumbuhan yang mampan dalam jangka panjang di Malaysia. Ini selari dengan hala tuju PETRONAS sebagai pemegang amanah sumber petroleum negara.

Baca lagi artikel menarik:

Penemuan Sumber Minyak Baru Lebih 1 Billion Tong, Lebih Separuh Terletak Di Sabah Sarawak
Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rancang Cuti Anda Awal, AirAsia Tawar Tiket Penerbangan Murah Untuk Tahun 2024 Rancang Cuti Anda Awal, AirAsia Tawar Tiket Penerbangan Murah Untuk Tahun 2024
Next Article Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?