• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keberanian Seorang Gadis Buat CPR Selamatkan Nyawa Individu Rebah Di Airport Kuching

Oleh
Ismail NA
3 Mei 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Pentingnya kemahiran pertolongan cemas yang menyelamatkan nyawa di saat genting

Keberanian Seorang Gadis Buat CPR Selamatkan Nyawa Individu Rebah Di Airport Kuching. Pada pagi Rabu, 30 April 2025, satu insiden cemas telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang memerlukan tindakan pantas dan berani. Tindakan seorang gadis muda, yang identitinya belum diketahui, telah menjadi titik penting dalam menyelamatkan nyawa seorang lelaki berusia 55 tahun dari Sibu.

Menurut keluarga lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Encik Law, beliau tiba-tiba rebah sejurus keluar dari balai ketibaan. Tambahnya lagi, sebelum rebah, Encik Law sebelumnya telah mengadu sakit dada dan perut selama tiga hari. Beliau yang sebelum itu telah menjalani skop di Sibu pada 29 April 2025, namun kesakitannya tidak berkurangan, telah mengambil keputusan untuk terbang ke Kuching bersendirian pada pagi tersebut setelah sakitnya bertambah teruk pada jam 2 pagi.

Keberanian Seorang Gadis Buat CPR Selamatkan Nyawa Individu Rebah Di Airport Kuching. Sumber: Facebook Tang Sie Hing

Gadis di belakangnya tidak teragak-agak memberikan CPR solo selama 30 minit

Keadaan menjadi genting apabila Encik Law tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di depan pintu ketibaan. Namun, takdir menentukan, seorang gadis muda yang berada di belakangnya tidak teragak-agak untuk menangani situasi berkenaan. Dengan serta-merta, beliau memulakan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) seorang diri. Selama 30 minit, gadis ini terus memberikan CPR tanpa henti.

Di saat kritikal itu, alat AED (Automated External Defibrillator) yang tersedia di lapangan terbang digunakan. Dua kejutan elektrik berjaya diberikan melalui AED, menghentikan ritma jantung ventrikular fibrilasi yang berbahaya dan mengembalikannya kepada ritma atrium fibrilasi.

Keberanian Seorang Gadis Buat CPR Selamatkan Nyawa Individu Rebah Di Airport Kuching
Alat AED yang digunakan bersama bantuan CPR. Alat ini kebanyakannya diletakkan di tempat awam untuk kegunaan situasi kecemasan seperti ini.

Encik Law diserang keadaan jantung yang berkemungkinan membawa maut

Pasukan ambulans awam tiba dan segera membawa Encik Law ke Jabatan Kecemasan Hospital Umum Sarawak. Pemeriksaan CT scan otak segera dilakukan dan keputusannya mendedahkan bahawa Encik Law diserang oleh keadaan jantung yang hampir meragut nyawa. Encik Law walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang pendarahan otak.

Atas permintaan keluarga dan rakan-rakan, Encik Law kemudiannya diiringi ke Timberland Medical Centre untuk rawatan lanjut. Prosedur angiogram koronari mendapati dua saluran darah beliau tersumbat 100%. Angioplasti koronari ad hoc kemudiannya segera dilakukan, dan berjaya menstabilkan keadaan jantungnya.

Berita baiknya, Encik Law kini telah sedar sepenuhnya dan tidak mengalami sebarang kemudaratan pada otaknya.

Menerusi balasan komen di video CPR yang dirakamkan oleh orang ramai, Encik Law, ahli keluarga, dan rakan-rakan beliau amat bersyukur dan ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada gadis muda yang berhati mulia ini. Tindakan pantas dan keberaniannya untuk memberikan CPR segera tanpa berlengah disifatkan sebagai faktor utama yang menyelamatkan nyawa Encik Law. Tanpa campur tangan beliau, sudah tentu kesudahan ceritanya amatlah berbeza dan tidak dapat dibayangkan.

Keberanian Seorang Gadis Buat CPR Selamatkan Nyawa Individu Rebah Di Airport Kuching
Sumber: Facebook Tang Sie Hing

Oleh itu, pihak keluarga Encik Law merayu agar sesiapa yang mempunyai maklumat atau kenalan gadis muda ini dapat menghubungi Madam Ngu di talian WhatsApp +6013 804 6882. Mereka dilaporkan ingin bertemu dan mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada wira tak didendang ini.

Kisah ini juga menjadi bukti betapa pentingnya kemahiran bantuan awal seperti CPR dan penggunaan AED. Dalam situasi kecemasan jantung di luar hospital, setiap minit adalah kritikal. Tindakan pantas individu yang tahu apa yang perlu dilakukan boleh menjadi penentu antara hidup dan mati, memberikan peluang berharga kepada mangsa sementara menantikan bantuan perubatan tiba.

Marilah kita berkongsi kisah inspirasi ini agar Encik Law dan gadis penyelamat ini dapat dipertemukan. Sebarkan kebaikan dan bantu keluarga ini menjejaki insan istimewa yang telah menyelamatkan nyawa orang yang tersayang.

Lagi kisah inspirasi dan heartwarming yang boleh anda baca hari ini:

Nyanyian Karol Dihentikan Sekejap Untuk Hormati Azan Di Sarawak Buat Netizen Terharu
SUMBER :Facebook Tang Sie HingFacebook Sarawak Awareness Group (No Ads)
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lepasan SPM 2024 Dipelawa Mohon Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi JPA
Next Article Isteri Taikun Perniagaan Sarawak Hilang Secara Misteri, Diculik 3 Kereta Semasa Ke SPRM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?