• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Nyanyian Karol Dihentikan Sekejap Untuk Hormati Azan Di Sarawak Buat Netizen Terharu

Oleh
Nazihah AN
18 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Nyanyian Karol Dihentikan Sekejap Untuk Hormati Azan Di Sarawak Buat Netizen Terharu

Terharunyaa, inilah perpaduan di Sarawak

Nyanyian Karol Dihentikan Sekejap Untuk Hormati Azan Di Sarawak Buat Netizen Terharu. Masih ada kisah-kisah indah yang mengingatkan kita tentang erti sebenar keharmonian dan perpaduan. Kisah yang mengharukan ini datang dari Sarawak, sebuah negeri yang sering menjadi contoh dalam menghormati kepelbagaian budaya dan agama.

Baru-baru ini, sebuah video pendek telah berjaya mencuri perhatian ramai di media sosial, memaparkan satu momen luar biasa yang menggambarkan keindahan hubungan antara agama.

Nyanyian Karol Dihentikan Sekejap Untuk Hormati Azan Di Sarawak Buat Netizen Terharu
Sumber: Tiktok @Joel.Orlando

Sejak 17 Disember lalu, satu klip video yang cukup menyentuh hati telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Dikongsikan oleh pengguna @Joel.Orlando, video berdurasi 28 saat ini memaparkan detik indah di mana sekumpulan penyanyi koir Krismas dari St Peter dan Paul di Bakam, Miri, menghentikan nyanyian mereka sebagai tanda hormat terhadap azan yang sedang berkumandang.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang berpakaian merah dengan topi Krismas berhenti seketika sambil berdiri dalam diam. Malah, seorang lelaki yang berpakaian seperti Santa Claus juga turut bersama-sama menghormati panggilan solat itu. Aksi ini telah mencuri perhatian ramai dan menjadi lambang keharmonian antara agama.

“Ini Adalah Hormat Sebenar Yang Kita Perlukan”

Kapsyen video yang berbunyi “This is the real respect we need” jelas menggambarkan mesej utama video tersebut. Sikap saling menghormati ini bukan sahaja menjadi contoh yang baik, malah mengangkat nilai toleransi dan harmoni di kalangan masyarakat berbilang agama di Sarawak.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan mesej-mesej positif, termasuk rasa bangga dan harapan agar nilai-nilai ini terus diamalkan. Seorang pengguna menulis, “Inilah semangat Malaysia yang kita perlu hargai,” manakala yang lain pula menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah contoh terbaik untuk generasi muda.

@joel_orlando This the real respect we need ❤️#christmas #caroling #miri #ppr #malaysia #respect #sarawaktiktok ♬ original sound – Joel.Orlando

Perpaduan Melalui Tindakan Kecil

Sarawak sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk dan harmoni, dan video ini sekali lagi membuktikan keunikan negeri tersebut. Meskipun berbeza agama dan kepercayaan, penduduk di sini terus menyokong satu sama lain melalui tindakan-tindakan kecil yang penuh makna.

Bagi ramai yang menonton, video ini bukan sahaja menghangatkan jiwa tetapi juga mengingatkan kita tentang pentingnya nilai saling menghormati dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Memelihara Kestabilan Dan Keharmonian Di Sarawak, Rakyat Sarawak Harus Elak Budaya Ekstremis
Meriah Dan Harmoni, Sambutan Krismas Di Padang Merdeka Sabah Tarik Perhatian Ramai
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Penampakan Rare Di Pulau Mabul, Penyelam Sempat Rakam Dugong Buat Teruja Lagi Penampakan Rare Di Pulau Mabul, Penyelam Sempat Rakam Dugong Buat Teruja
Next Article Padah Curi RM668 Dari Majikan, Influencer Kuching Dipenjara

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?