• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019

Oleh
Ismail NA
6 Oktober 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019

Peluang Cerah untuk Gadis Sarawak Wakili Malaysia Sekali Lagi Tahun Ini!

Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019

Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019. Jika tahun lepas Malaysia diwakili oleh gadis Sarawak, Larissa Ping, adakah tahun ini Sarawak dapat mengekalkan tradisinya untuk mewakili Malaysia sekali lagi untuk pertandingan ratu cantik yang paling berprestij di dunia iaitu Miss World?

Untuk pengetahuan anda semua, tahun ini Sarawak sekali lagi berjaya menempatkan dirinya ke pusingan akhir Miss World Malaysia dengan diwakili oleh gadis kacukan Iban dan Kiput iaitu Juliana Sambai Anak Sibat.

Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019
Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019

Juliana tersenarai sebagai 20 peserta akhir Miss World Malaysia dan bakal berentap dengan gadis-gadis dari seluruh Malaysia untuk merebut gelaran Miss World Malaysia 2019 sekaligus mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di London pada Disember depan.

Miliki Master, Pernah Dinobat Ratu Cantik Dua Kali

Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019
Gadis Iban-Kiput Ini Tersenarai Ke Final Miss World Malaysia 2019
Kredit : IG @mcqueen.apin

Gadis manis yang berasal dari Miri ini memiliki ijazah sarjana atau master dalam bidang Sains Akuatik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai Miss Borneo Hornbill Festival pada tahun 2018 dan Miss Baram Regatta 2017. Sepanjang pengajian beliau di UNIMAS, Juliana merupakan seorang yang aktif dalam sukan dan terlibat dalam badan-badan kepimpinan serta pernah menjadi Liaison Officer atau pegawai seranta untuk Majlis Aluan Pelajar UNIMAS. Beliau juga aktif menjalankan aktiviti kesukarelawanan seperti menyertai Miri Education Initiative Society pada awal tahun ini. Tok bok beauty with brain!

Wajah Juliana Natural Beauty, Bangga Wakili Kaum Minoriti Orang Ulu

Gadis yang mempunyai ketinggian 170 cm ini cukup bangga dengan pencapaiannya mewakili kaum minoriti di Sarawak iaitu kaum Kiput. Selain itu, Juliana juga dikagumi kerana beliau memiliki natural beauty yang mempunyai aura dan melambangkan wajah unik dan identiti Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, kaum Kiput merupakan salah satu etnik di bawah suku kaum Orang Ulu yang kebanyakannya tinggal di bahagian Baram, Miri, Sarawak. Populasi kaum Kiput ini hanya berjumlah beberapa ribu orang sahaja kerana kebanyakan mereka berhijrah ke kawasan bandar dan ada di antara mereka yang sudah menetap di negara lain.

Kehadiran Juliana melalui platform sebegini tentunya suatu pencapaian yang luar biasa kerana beliau satu-satunya anak Kiput yang berjaya membawa tradisi ini ke peringkat yang lebih tinggi. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini Juliana di instagram @officialteamjuliana. Tahniah Juliana!

https://www.instagram.com/p/B3RIR5uBIqy/

Miss World Malaysia edisi sebelum ini pernah diwakili oleh beberapa wakil Sarawak. Antaranya ialah Larissa Ping (2018) dan Dewi Liana Seriestha (2014). Kedua-duanya pernah memenangi kategori Miss World Talent, Miss World Top Model, Beauty With A Purpose dan Designer Award.

Adakah anda bersetuju jika Juliana merupakan wajah Miss World Malaysia untuk edisi tahun ini? Like dan share post ini serta berikan sokongan anda kepada Juliana agar beliau dapat mewakili Malaysia ke Miss World pada Disember nanti. Agi idup agi ngelaban! #teamJuliana

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Promosi Tiket Wayang GSC CityOne Kuching Serendah RM11 SETIAP HARI! Promosi Tiket Wayang GSC CityOne Kuching Serendah RM11 SETIAP HARI!
Next Article Gambar Sunset di IPTA Sarawak Ini Tular, Memang AMAZING! Gambar Sunset di IPTA Sarawak Ini Tular, Memang AMAZING!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?