• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gaduh Depan Pusat Hiburan, 17 Lelaki Dicekup Polis Di Sandakan

Oleh
Husna Hazmi
14 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku di Bandar Utama Batu 6, Sandakan.

Gaduh Depan Pusat Hiburan, 17 Lelaki Dicekup Polis Di Sandakan. Dilaporkan, baru-baru ini, tular di sosial media Facebook sebuah video sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat hiburan di Sandakan, Sabah.

Gaduh Depan Pusat Hiburan, 17 Lelaki Dicekup Polis Di Sandakan
Gaduh Depan Pusat Hiburan, 17 Lelaki Dicekup Polis Di Sandakan.

Kes gaduh berkumpulan di hadapan sebuah pusat hiburan

17 lelaki dipercayai terlibat dalam kes gaduh berkumpulan di hadapan sebuah pusat hiburan di Bandar Utama Batu 6 tersebut telah berjaya ditahan semalam.

Kejadian itu tular setelah video berdurasi 21 saat dimuat naik di Facebook (telah ditonton sebanyak 16 ribu setakat artikel ini ditulis) dan mengundang rasa takut penduduk di daerah berkenaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden Mohd Hamizi Halim pihak beliau menerima laporan mengenai video yang tular tersebut dan telah menghantarkan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bertindak melakukan siasatan.

Pasukan polis berjaya menahan seramai 17 individu berusia antara 19 hingga 40 tahun disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku pada Sabtu lalu kira-kira jam 11.30 malam di hadapan sebuah pusat hiburan,” jelas beliau dalam kenyataan media, semalam.

Gaduh Gempar

Kejadian di IJM Sandakan!!! Apa mo jadikkk…

Posted by Suara Sabah Today on Sunday, June 12, 2022

Punca sebenar pergaduhan masih lagi di dalam siasatan

Menurut beliau, punca sebenar pergaduhan tersebut masih lagi di dalam siasatan dan semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” tambah beliau lagi.

Sebelum ini juga, terdapat kes pergaduhan beramai-ramai yang berlaku di Sandakan juga:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Langsung Tak Sama! Netizen Kecam Persembahan Kononnya Tarian Dayak Kenyah Langsung Tak Sama! Netizen Kecam Persembahan Kononnya Tarian Dayak Kenyah
Next Article Sanggup Berhenti Jika Dapat ‘Posting’ Ke Sabah Sarawak, Kerenah Doktor Kerajaan Dikecam Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?