• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sanggup Berhenti Jika Dapat ‘Posting’ Ke Sabah Sarawak, Kerenah Doktor Kerajaan Dikecam Netizen

Oleh
Husna Hazmi
14 Jun 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Perkara ini telah mendapat perhatian daripada netizen.

Sanggup Berhenti Jika Dapat ‘Posting’ Ke Sabah Sarawak, Kerenah Doktor Kerajaan Dikecam Netizen. Sanggup tolak tawaran pekerjaan gara-gara enggan berkhidmat di Sabah Sarawak, tindakan doktor kerajaan di Semenanjung ini telah mendapat perhatian daripada warganet.

Isi Isi Penting
  • Perkara ini telah mendapat perhatian daripada netizen.
  • Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan doktor kerajaan
  • Terdapat juga netizen yang menyokong kenyataan Pergerakan Hartal Doktor Kontrak
  • Gerakan Hartal Doktor Kontrak

Penolakan tawaran kerja ke Sabah Sarawak itu telah mendapat komen yang pedas daripada sesetengah netizen terhadap doktor-doktor kerajaan berkenaan yang enggan mematuhi norma perpindahan.

Sanggup Berhenti Jika Dapat 'Posting' Ke Sabah Sarawak, Kerenah Doktor Kerajaan Dikecam Netizen
Sanggup Berhenti Jika Dapat ‘Posting’ Ke Sabah Sarawak, Kerenah Doktor Kerajaan Dikecam Netizen

Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan doktor kerajaan

Jumlah doktor kerajaan yang ramai diminta untuk berkhidmat ke Sabah dan Sarawak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan doktor kerajaan di Semenanjung tersebut.

Pergerakan Hartal Doktor Kontrak pula menuding jari menyalahkan kerajaan kerana menyebabkan doktor-doktor kerajaan di Semenanjung ini tidak mempunyai pilihan lain selain berhenti kerja.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah membuatkan ramai warganet tampil memberi pandangan mereka dan mempersoalkan mengapa doktor di Malaysia ini memilih negeri untuk bekerja.

Hal ini bagaimanapun bukan hanya berlaku kepada doktor sahaja, ia berlaku kepada semua penjawat awam tertakluk kepada pertukaran.

Just reading the replies. Btw I’m sabahan and I left kkm dh, read into that however u wish to. It’s not about east msia auto org reject. It’s just that some ppl are able & willing to sacrifice moving to east msia, but some ppl aren’t. Not everyone pny circumstances is the same. https://t.co/bATKVCOrLi

— B (@bessythemessy) June 8, 2022

Terdapat juga netizen yang menyokong kenyataan Pergerakan Hartal Doktor Kontrak

Walaubagaimanapun, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa penolakan tawaran pekerjaan ke Sabah dan Sarawak adalah boleh difahami kerana setiap orang mempunyai kesukaran masing-masing.

Kesukaran berpindah ke negeri lain untuk bekerja ini juga diakui sukar kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga, pasangan, dan anak-anak.

Kata netizen, isu juga sebenarnya bertitik tolak daripada kegagalan untuk melahirkan doktor yang mencukupi dari Sabah dan Sarawak.

Pada Ogos tahun lalu, Gerakan Hartal Doktor telah mempersoalkan tindakan KKM yang hanya membuka tawaran penempatan pekerjaan di Sabah dan Sarawak sahaja. Gerakan Hartal berkata perkara ini tidak masuk akal kerana kekurangan doktor adalah meliputi satu negara, bukan hanya di Sabah dan Sarawak sahaja.

Mereka mendakwa lagi bahawa, terdapat beberapa kumpulan awal pegawai perubatan yang mendapat tawaran pekerjaan di Sabah dan Sarawak telah dijanjikan pelbagai faedah namun janji tersebut tidak ditepati.

We are running out of doctors, sooner than we think. Even us at Hartal didn't expect this kind of numbers.

Yg baru interview ni kalau dpt tetap tapi kena pindah sabah sarawak, some will definitely not take the offer, finish their contract and leave.

— HartalDoktorKontrak (@HKontrak) June 8, 2022

Gerakan Hartal Doktor Kontrak

Gerakan Hartal Doktor Kontrak menegaskan lagi bahawa isu sebenar di sini adalah bukan mengenai doktor kontrak menolak tawaran pekerjaan ke Sabah dan Sarawak, tetapi sebaliknya adalah kekurangan doktor di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Mereka juga telah menjawab kenyataan KKM sebelum ini yang menyatakan hanya 200 daripada 300 pegawai perubatan yang dilantik bersedia untuk berpangkalan ke Sabah dan Sarawak. Pergerakan Hartal Doktor Kontrak yang terdiri daripada golongan doktor muda ini juga telah menuntut semua doktor kontrak untuk melalui kriteria pemilihan yang telus.

Golongan ini juga turut mengancam dan membantah keputusan tersebut dengan mogok dan bercuti sehingga permintaan mereka ditunaikan. Malahan, mereka juga telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan untuk memaklumkan tuntutan mereka.

Pada Februari lalu pula, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa 4,186 tambahan jawatan tetap akan diwujudkan dalam kementerian itu menjelang Jun dan langkah itu telah diterima baik oleh doktor kontrak di seluruh negara.

Sebelum ini, Pergerakan Hartal Doktor Kontrak juga pernah dikecam netizen:

SUMBER :The Rakyat Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gaduh Depan Pusat Hiburan, 17 Lelaki Dicekup Polis Di Sandakan
Next Article Persembah Tarian Separuh Bogel, Netizen Tegur Majlis Sambutan Gawai Di Sibu Persembah Tarian Separuh Bogel, Netizen Tegur Majlis Sambutan Gawai Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?