• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri

Oleh
Nazihah AN
12 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri

Perbincangan antara 3 individu berakhir dengan pergaduhan

Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri. Dilaporkan bahawa, tular video di Whatsapp, dua lelaki terlibat dalam kes perselisihan faham hingga mencetuskan pergaduhan melibatkan isu pengagihan bantuan makanan. Isu terbabit turut dikaitkan dengan seorang menteri muda Sarawak. Kejadian berlaku di sebuah kedai perkakasan di Batu 18, Jalan Kuching-Serian, Siburan dan individu yang terlibat telah berjaya ditahan. 

Isi Isi Penting
  • Perbincangan antara 3 individu berakhir dengan pergaduhan
  • Individu tersebut mempertikaikan wang sumbangan sebanyak RM300,000
  • Pergaduhan melibatkan sebatang kayu dan batang besi termometer
  • Lagi di sini:

Ketua Polis Daerah Padawan Aidil Bolhassan mengatakan bahawa kedua-dua lelaki yang berusia 48 dan 63 tahun ditahan di perkarangan Balai Polis Batu 10, Jalan Kuching-Serian, Padawan. Beliau menambah, polis turut merampas sebatang kayu yang digunakan semasa kejadian untuk siasatan.

“Kedua-dua mereka mengaku bergaduh di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, mereka diberi jamin polis setelah selesai rakaman percakapan,” kata beliau.

Tambah Ketua Polis, lelaki yang berusia 48 tersebut mempunyai tiga rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Pada masa yang sama, seorang lagi lelaki berusia 63 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Tiga individu akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes tersebut.

Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri
Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri. Ketua Polis Daerah Padawan Aidil Bolhassan

Individu tersebut mempertikaikan wang sumbangan sebanyak RM300,000

Jelas beliau, polis menerima laporan dari seorang lelaki berusia 58 tahun sekitar jam 4.40 petang berhubung satu video tular yang menunjukkan tuduhan dan tohmahan serta niat jahat seorang lelaki ke atas seorang menteri muda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), mempertikaikan wang sumbangan sebanyak RM300,000 adalah dari pihak Kerajaan Persekutuan dan bukannya dari pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pengadu yang juga seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) telah membuat laporan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan serta tuduhan lelaki tersebut. Tambahnya, selain dari laporan yang dibuat oleh pengadu, ada dua lagi laporan lain melibatkan kejadian yang sama.

Hasil dari siasatan awal, beliau menjelaskan, lelaki terbabit telah memuat naik video menghina menteri muda tersebut dengan kata-kata kesat selain mempersoalkan tentang wang peruntukan RM300,000 yang disalurkan kerajaan persekutuan untuk ahli-ahli Parlimen menerusi program Bakul Makanan Nasional di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Dedahnya lagi, ekoran kejadian tersebut, pada hari yang sama, sekitar jam 2.30 petang, seorang lelaki bersama seorang penyokong menteri muda itu telah datang menggunakan sebuah kereta ke tempat kejadian dengan tujuan untuk memberi penerangan kepada lelaki berkenaan yang juga pemilik kedai, berhubung dengan pengagihan bekalan makanan yang dilakukan menteri muda tersebut pada 14 Jun 2021.

“Semasa penerangan sedang diberikan, seorang wanita yang tidak dikenali telah hadir untuk meminta bantuan bekalan makanan dan telah menyatakan tidak pernah menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak. Ekoran itu, telah berlaku provokasi serta pergaduhan di antara lelaki terbabit dengan penyokong menteri muda tersebut,” jelasnya. 

Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri
Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri

Pergaduhan melibatkan sebatang kayu dan batang besi termometer

Menurutnya, semasa pergaduhan berlaku, penyokong menteri muda tersebut telah menggunakan sebatang kayu yang diambil dari kereta manakala lelaki terbabit menggunakan sebatang besi termometer (menyukat suhu) di kedai.

Berikutan kejadian itu, lelaki terbabit mengalami kecederaan di bahagian ibu jari kaki sebelah kiri manakala penyokong tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Selain dari itu, meja plastik yang berada di hadapan kedai turut pecah semasa pergaduhan berlaku,” ujar beliau. 

Sejurusnya, kes masih dalam siasatan. 

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article McDonald Belanja Burger Quarter Pounder Untuk Para Rider Mulai 2 Petang Hari Ini
Next Article Projek ‘Dau Dau’ Cetusan Guru Dari Sabah Ini Menang Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?