• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek ‘Dau Dau’ Cetusan Guru Dari Sabah Ini Menang Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain

Oleh
Ismail NA
12 Julai 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Tahniah ‘teacher’!

Projek ‘Dau Dau’ Cetusan Guru Dari Sabah Ini Menang Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain. Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang diguna pakai di seluruh dunia. Kepentingan Bahasa Inggeris ini tentunya tidak dapat dinafikan kerana ia merupakan penghubung kepada dunia global yang semakin pesat berkembang.

Isi Isi Penting
  • Tahniah ‘teacher’!
  • Projek Dau-Dau bantu pelajar Sabah asah bakat seni menerusi pembelajaran Bahasa Inggeris
  • Geran berjumlah RM 8,700 jadi habuan Sirhajwan dan Nurazilah
  • Lagi kisah inspirasi guru-guru yang mendidik anak bangsa :

Namun demikian, mengajar Bahasa Inggeris kepada bukan penutur asli seperti di Malaysia mungkin memerlukan usaha yang lebih banyak lagi. Usaha tersebut diterjemahkan oleh dua orang guru ini sehingga berjaya memenangi anugerah pendidikan Bahasa Inggeris di Britain!

Dr. Sirhajwan Idek dan Cikgu Nurazilah Othman merupakan dua orang guru yang mengajar di Kolej Vokasional Keningau yang berjaya mengalahkan 31 penyertaan lain dari seluruh dunia untuk merangkul Anugerah Simon Greenall 2021 yang julung kali dianjurkan oleh Macmillan Education, International House World Organisation and International House London.

Projek 'Dau Dau' Cetusan Guru Dari Sabah Ini Menang Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain
Sumber foto : Ihsan Dr. Sirhajwan Idek via NST

Menurut laman sesawang Macmillan Education, projek ini menepati kriteria anugerah Simon Greenall iaitu untuk menyatukan orang ramai melalui pembelajaran Bahasa Inggeris.

Projek Dau-Dau bantu pelajar Sabah asah bakat seni menerusi pembelajaran Bahasa Inggeris

Kedua-dua guru ini hadir dengan projek seni ‘Dau-Dau’ yang mengajar murid menguasai Bahasa Inggeris menerusi aktiviti kesenian seperti penulisan cerpen, fiksyen kilat, puisi, komik dan lagu yang berkisarkan kebudayaan pribumi di Sabah. Dalam masa yang sama, ia berupaya untuk mengembangkan bakat seni para pelajar semasa mempelajari Bahasa Inggeris agar mereka dapat menjadi penulis, artis atau ahli persembahan di masa hadapan.

Dau-Dau merupakan sebuah frasa masyarakat Bajau di Sabah, yang membawa maksud ‘suatu masa dahulu’. Projek ini terdiri daripada sistem sokongan dan platform kepada 3 cabang seni iaitu kesusasteraan, seni persembahan dan visual.

Projek 'Dau Dau' Cetusan Guru Dari Sabah Ini Menang Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain
Projek ‘Dau Dau’ Cetusan Guru Dari Sabah Ini Menang Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain

Dengan menggunakan medium Bahasa Inggeris, para pelajar akan dapat belajar menguasai bahasa tersebut dengan menterjemahkan budaya lokal Sabah seperti bahasa dan budaya kaum peribumi serta isu semasa seperti pandemik, keamanan dunia, dan kesihatan mental menerusi karya dan buah fikiran kreatif mereka. Malah, projek pembelajaran Bahasa Inggeris Dau-Dau ini juga merentas pelbagai mod dan akses kerana turut melibatkan pelajar kelainan upaya.

Antara karya pelajar yang telah dihasilkan menerusi projek Dau-Dau ini adalah persembahan cerita pendek bertajuk “Bele-Bele : The Origin of Scarecrow”, “Soto the Magical Sapi” dan “Gimbaran”. Selain itu, terdapat juga persembahan sajak bahasa isyarat yang dipersembahkan oleh pelajar kelainan upaya, Dymphna Simon yang bertajuk “Ngakak”.

Geran berjumlah RM 8,700 jadi habuan Sirhajwan dan Nurazilah

Dengan memenangi anugerah ini, Dr. Sirhajwan dan Cikgu Nurazilah berjaya membawa pulang sebuah geran berjumlah £1,500 iaitu bersamaan dengan RM 8,700.00 serta bakal menerima bimbingan daripada Jill Hadfield dan Charles Hadfield, masing-masing merupakan pelatih guru terkemuka yang telah melatih guru di Britain, Perancis, China, Tibet, Madagascar dan Chile.

Dr. Sirhajwan Idek merupakan ketua projek Dau-Dau dan melaksanakan projek ini di dalam bilik darjah dan juga semasa aktiviti ko-kurikulum. Beliau turut menulis cerita dan sajak, serta membimbing pelajarnya dalam penulisan kreatif Bahasa Inggeris. Cikgu Nurazilah Othman pula merupakan seorang artis persembahan yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk menjadi pegawai yang mengendalikan tarian kebudayaan.

Projek 'Dau Dau' Cetusan Guru Dari Sabah Ini Menang Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain
Antara aktiviti Projek Dau-Dau yang menarik perhatian juri Anugerah Simon Greenall UK.

Kedua-dua guru ini juga telah membimbing dan membantu pelajarnya dalam penulisan serta membantu mereka menerbitkan karya mereka. Karya pelajar menerusi projek ini pernah diterbitkan dalam Bookie Margate Zine danWriter’s Egg Magazine. Di luar bilik darjah, Sirhajwan dan Nurazilah aktif dalam seni deklamasi sajak, tarian kebudayaan, teater, persembahan wayang dan mempamerkan karya visual mereka seperti lukisan.

Duo guru berbakat ini juga berhasrat untuk meneroka lebih banyak alternatif untuk menerapkan Bahasa Inggeris ke dalam seni persembahan. Bukan itu sahaja, mereka juga merancang untuk mewujudkan kursus untuk para guru mempromosikan seni sebagai sebuah kaedah pengajaran dalam bilik darjah.

Tahniah diucapkan buat Dr. Sirhajwan dan Cikgu Nurazilah atas usaha mendidik Bahasa Inggeris melalui pendekatan yang kreatif ini!

Lagi kisah inspirasi guru-guru yang mendidik anak bangsa :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri Gaduh Kerana Bantuan Makanan Dan Muat Naik Video Berniat Jahat, 3 Lelaki Diarah Bela Diri
Next Article TERKINI: Dine-In Di Sarawak Dibenarkan, Kedai Boleh Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Bermula Rabu Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?