• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gagal Siapkan Rumah Mengikut Tempoh, Kontraktor Labuan Kena Refund RM50K

Oleh
Farisha
4 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kontraktor Labuan diarahkan refund RM50,000 kerana lewat siap rumah

Gagal Siapkan Rumah Mengikut Tempoh, Kontraktor Labuan Kena Refund RM50K. Tribunal Tuntutan Pengguna Labuan telah mengarahkan seorang kontraktor untuk membayar balik RM50,000 kepada pelanggannya kerana melanggar perjanjian pembinaan dan gagal menyiapkan sebuah rumah mengikut masa yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Labuan, Junaidah Arbain, kontraktor sepatutnya menyiapkan rumah tersebut sebelum 7 Oktober 2023 berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai.

Gagal Siapkan Rumah Mengikut Tempoh, Kontraktor Labuan Kena Refund RM50K
Gagal Siapkan Rumah Mengikut Tempoh, Kontraktor Labuan Kena Refund RM50K

Kes ini telah dibicarakan pada 25 Julai 2024 di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Labuan, Sabah. Keputusan tribunal menetapkan bahawa kontraktor mesti membayar RM50,000 kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan, menurut laporan media tempatan.

Junaidah menjelaskan bahawa kontraktor bukan sahaja gagal mematuhi tarikh akhir, malah menyebabkan pelanggan terpaksa menanggung kos tambahan untuk menyiapkan baki kerja pembinaan. Walaupun kontraktor berjanji untuk menanggung kos tambahan ini, janji tersebut tidak ditunaikan.

Beliau menambah bahawa Tribunal Tuntutan Pengguna berfungsi sebagai saluran perundangan alternatif untuk pengguna yang ingin mendapatkan pampasan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi tuntutan tidak melebihi RM50,000.

Junaidah menggalakkan orang ramai untuk memahami hak mereka sebagai pengguna dan mengambil tindakan dengan memfailkan tuntutan kepada tribunal sekiranya barangan atau perkhidmatan yang dibeli tidak memenuhi standard yang dijanjikan atau tidak memuaskan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mahkamah Kekalkan Hukuman Mati Terhadap 7 Penceroboh Lahad Datu

SUMBER :MajoritiThe Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fakulti Undang-Undang UM Buat Pengambilan Pelajar Di Kuching Buat Pertama Kalinya Fakulti Undang-Undang UM Buat Pengambilan Pelajar Di Kuching Buat Pertama Kalinya
Next Article Tarantula Dari Sarawak Ini Dikategori Antara Labah-Labah Tercantik Di Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?