• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gambar Kilang Gardenia Di Asajaya Tular Bikin Netizen Teruja, Tapi Benarkah Ia Bakal Didirikan Di Sarawak?

Oleh
Nazihah AN
7 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Gambar Kilang Gardenia Di Asajaya Tular Bikin Netizen Teruja, Tapi Benarkah Ia Bakal Didirikan Di Sarawak?

Benarkah kilang roti kegemaran orang Sarawak ni bakal didirikan di Sarawak?

Gambar Kilang Gardenia Di Asajaya Tular Bikin Netizen Teruja, Tapi Benarkah Ia Bakal Didirikan Di Sarawak? Kim Tek Cheong Consolidated Berhad (KTC) merupakan pemegang lesen untuk jenama Gardenia telah membuat satu kenyataan berkenaan dengan kilang Gardenia di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Benarkah kilang roti kegemaran orang Sarawak ni bakal didirikan di Sarawak?
  • Dengan adanya kilang Gardenia di Sarawak, ianya mampu mewujudkan gaya hidup mampu milik
  • Namun, gambar kilang Gardenia di Semera Asajaya telah dinafikan oleh pihak mereka
  • Adakah anda sudah tahu sejarah berkenaan dengan pengasas roti Gardenia di Sabah? Klik artikel ini untuk mengetahui kisah di sebaliknya:

Dipetik dari The Borneo Post, Pengarah eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau telah mengumumkan satu kenyataan bahawa KTC berhasrat untuk menubuhkan kilang pengeluaran Gardenia pertama di Sarawak pada masa yang akan datang.

Penubuhan Gardenia di Sarawak adalah selaras dengan inisiatif kerajaan negeri, iaitu mengutamakan kebajikan semua rakyat, sekali gus menawarkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak dengan pembinaan kilang roti bersaiz mega.

Kiri: (gambar di edit), Kanan: (gambar asli)

Dengan adanya kilang Gardenia di Sarawak, ianya mampu mewujudkan gaya hidup mampu milik

Dalam pada masa yang sama, ianya juga turut menyediakan gaya hidup mampu milik dan sihat dengan roti Gardenia yang segar juga mudah didapati di negeri ini, jelas beliau.

Tambah Datuk Dexter Lau, berkenaan dengan pembangunan kilang di Sarawak kini sedang dibincang dengan Pembantu Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang.

“Dengan kerajaan negeri yang kukuh menawarkan landskap yang strategik, kedua-dua kerajaan Sarawak dan KTC yakin penubuhan Gardenia di Sarawak akan dapat direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini kita telah digemparkan dengan satu gambar tular di media sosial di mana kilang roti Gardenia yang sudah siap dibina, dan beralamatkan di dalam Sarawak iaitu di Asajaya.

Gambar Kilang Gardenia Di Asajaya Tular Bikin Netizen Teruja, Tapi Benarkah Ia Bakal Didirikan Di Sarawak?
Sumber gambar: Astro Awani
Gambar Kilang Gardenia Di Asajaya Tular Bikin Netizen Teruja, Tapi Benarkah Ia Bakal Didirikan Di Sarawak?
Sumber gambar: Spuusty

Namun, gambar kilang Gardenia di Semera Asajaya telah dinafikan oleh pihak mereka

Dipetik dari The Borneo Post, menjawab persoalan tersebut, gambar yang tular tersebut telah dinafikan oleh pihak Gardenia Bakeries (Malaysia Timur) Sdn. Bhd. itu sendiri melalui satu kenyataan terhadap pihak media.

Beliau turut menjelaskan bahawa tiada bangunan dengan ‘trademark’ dan logo Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn Bhd yang kini dimiliki oleh KTC di Sarawak.

“KTC mempunyai hak tunggal untuk mengeluarkan dan mengedarkan (produk) bakeri Gardenia di Malaysia Timur dan Indonesia,” kata beliau.

“Oleh itu, KTC ingin menafikan gambar tersebut, memandangkan tiada bangunan yang mempunyai tanda dagangan Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn Bhd pada masa ini dimiliki oleh KTC di Sarawak.”

Adakah anda sudah tahu sejarah berkenaan dengan pengasas roti Gardenia di Sabah? Klik artikel ini untuk mengetahui kisah di sebaliknya:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras ‘Runner’, Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Next Article Demi Tukar Status Dalam MySejahtera, Golongan Antivaksin Sanggup Bayar RM2.5K Demi Tukar Status Dalam MySejahtera, Golongan Antivaksin Sanggup Bayar RM2.5K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?