I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Reading: Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras ‘Runner’, Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Notification Show More
Latest News
BeFunky collage 87 SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
13 Mei 2022
Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak
Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak
13 Mei 2022
Bukan Kali Pertama Terjadi Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!
Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!
13 Mei 2022
Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui
Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui
13 Mei 2022
Wajib Tahu Ini Cara Untuk Anda Ganti Ayam Baru Di Kaunter KFC Kalau Tak Sedap 860x450 1 Wajib Tahu! Ini Cara Untuk Anda Ganti Ayam Baru Di Kaunter KFC Kalau Tak Sedap
Wajib Tahu! Ini Cara Untuk Anda Ganti Ayam Baru Di Kaunter KFC Kalau Tak Sedap
12 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras ‘Runner’, Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah

Kedung BK
Oleh Kedung BK
Dikirim pada 06/01/22 1:55 PM
Kongsi
6 Min Bacaan
Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Kongsi
Sponsored

Akibat sistem LHDN Sarawak yang ada ‘flaw’, lelaki ini mengalami kesukaran untuk menetapkan temujanji

Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras ‘Runner’, Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah. Beberapa hari lalu, seorang pengguna Facebook tampil untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sarawak.

Katanya, sistem LHDN yang mengutamakan ‘appointment only’ membebankan beliau malah ternyata menyusahkan beliau untuk menyelesaikan urusan yang boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja.

Sponsored

Keadaan itu juga menyusahkan kerana ‘runner’ rupanya menjadi salah satu punca ramai pelanggan tidak dapat menyelesaikan urusan mereka.

Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras ‘Runner’, Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah

“Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi lebih kepada sistem yang dibuat oleh LHDN Sarawak,” – Musriffin Musa

Menurut pengguna Facebook berkenaan, Musriffin Musa, beliau mengatakan bahawa beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa. Disebaliknya, beliau menegaskan bahawa sistem yang dilakukan oleh LHDN adalah punca di atas segala kesulitan yang dialaminya.

Sponsored

Berdasarkan pengalamannya, beliau telah mencuba selama lebih seminggu untuk menetapkan temujanji untuk mendaftarkan syarikatnya sebagai orang awam biasa melalui sistem dalam talian LHDN. Namun, temujanji yang cuba ditetapkannya tidak tersedia kerana semua slot telah diisi selama 10 hari berturut-turut, setiap hari. Malah, semua slot sebenarnya telah ditempah oleh runner.

Katanya, para runner yang telah mengambil sebilangan besar slot temujanji berkenaan adalah untuk pelanggan mereka setiap hari.

Sponsored
Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Diari Anakin

Meskipun dinasihati untuk mengupah runner bagi melaksanakan urusannya, beliau berpendapat bahawa semua orang harus mempunyai pilihan – sama ada untuk mengupah runner atau diri sendiri melakukan urusan berkenaan.

“Sekali lagi, saya tidak menyalahkan runner kerana bagi saya mereka BIJAK kerana mereka mengambil peluang yang ada akibat kelemahan dalam sistem.”

Sponsored
katanya.

Pendapat jujur beliau mengenai kelemahan dalam sistem LHDN

Mengenai kelemahan dalam sistem LHDN, beliau memberi pendapat jujurnya di mana beliau mengulas tentang kelemahan sistem yang terbukti memberi kesukaran terhadap orang lain yang tidak mampu untuk mengupah runner.

Ketika beliau berada di pejabat LHDN, beliau mengatakan bahawa jarak antara beliau (yang sudah mempunyai dokumen lengkap berserta borang permohonan) dengan kaunter hanyalah 5 meter tetapi dipisahkan oleh ‘temu janji’ yang diambil oleh semua runner. Sekiranya beliau ingin mengupah runner, beliau dikehendaki membayar sekurang-kurangnya RM500, untuk membantu menyelesaikan urusan dengan segera.

Sponsored
Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Dayak Daily

Bayar harga tinggi, runner diberi kebenaran kawal sistem LHDN untuk pilih slot pelanggan

Beliau juga menyatakan bahawa mereka yang membayar harga yang lebih tinggi akan diberikan perkhidmatan yang lebih pantas.

Malah, menurut perbualan beliau dengan salah seorang runner, semua slot yang telah mereka ambil telah menyebabkan orang awam tidak berpeluang langsung untuk menempah temujanji dalam sistem ini. Ini kerana runner sendiri diberi kebenaran untuk mengawal sistem e-daftar dan mereka memilih slot untuk pelanggan mereka.

Sponsored

Beliau juga diberitahu oleh seorang runner yang berlainan bahawa anda harus bersedia setiap hari pada pukul 12 malam untuk menempah slot temu janji kerana time window-frame (masa untuk menempah slot temu janji) hanya dibuka selama 10-15 minit, kemudian ia akan penuh semula, untuk 10 hari seterusnya.

Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Semakan Status

Meskipun peluang untuk mendapatkan slot temu janji ada, ia masih tidak cukup untuk menyelesaikan masalah utama

Walaupun peluangnya meningkat lebih tinggi jika beliau menetapkan temu janji seperti yang dicadangkan oleh runner berkenaan, beliau masih berpendapat bahawa penyelesaian ini tidak menyelesaikan masalah utama iaitu sistem secara keseluruhan.

Sponsored

“Bagi kita sebagai rakyat biasa, kita tidak akan tahu ‘trick’ ini jika kita tidak diberitahu. Dan cuba teka siapa mereka yang mengisi semua slot tersebut? Ia adalah runner, mengambil (slot) untuk pelanggan mereka.”

ujarnya lagi.

Katanya lagi, orang awam tidak sepatutnya berebut untuk mendapatkan slot temujanji kerana perkara itu sepatutnya tersedia setiap masa.

Sponsored

“Sekiranya sistem memisahkan slot antara runner dan orang awam, perkara ini tidak akan berlaku. LHDN sepatutnya menyediakan kaunter khas untuk runner, dipisahkan daripada orang awam. Didaftarkan secara manual atau apa-apa cara berasingan yang mungkin untuk membezakan (runner) daripada orang awam, terutamanya bagi runner yang memonopoli lebih daripada satu pelanggan setiap hari.”

tambahnya lagi.
8796EDC7 0A2A 4B48 8499 E0F1539B1D1C Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah 15

Berharap LHDN dapat menambah baik sistem mereka supaya memudahkan orang ramai

Beliau sebagai seorang peniaga, beliau mengatakan bahawa tiada bisnes mahu mengalami kerugian pada awal perniagaan. Malah, sekiranya ada cara untuk beliau mengurangkan kerugian, beliau cuba sedaya upaya untuk melakukannya – cuma dengan cara yang betul dan adil.

Sponsored

“Dalam buku LHDN, tidak dinyatakan bahawa kita harus membayar runner terlebih dahulu sebelum melakukan urusan dengan mereka. Sebab itulah saya tahu hak saya sudah dirampas.”

katanya lagi.

Rata-rata pengguna Facebook lain juga berpendapat bahawa sistem LHDN sedia ada tidak adil untuk mereka yang tidak mahu mengupah runner untuk membuat urusan mereka:

Sponsored
image 5 Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Kredit foto: Facebook

“RM500 untuk runner? Mengarut betul! Beritahu saya hasil situasi ini sebaik sahaja ia diselesaikan kerana saya merancang untuk memulakan perniagaan dalam talian kecil juga jadi saya perlu melalui proses ini.”

image 6 Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Kredit foto: Facebook
image 7 Temujanji Sentiasa Penuh Dicaras 'Runner', Lelaki Ini Kritik Sistem LHDN Sarawak Yang Lemah
Kredit foto: Facebook

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Komen di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Sponsored

Lagi di sini:

Sponsored
Kedung BK 6 Januari 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BeFunky collage 2022 01 06T125345.704 Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah 'Hack' Mudah Ini Ketahui Berapa Banyak Duit Dah Dibelanjakan Di Shopee Dengan Langkah ‘Hack’ Mudah Ini
Next Article Gambar Kilang Gardenia Di Asajaya Tular Bikin Netizen Teruja, Tapi Benarkah Ia Bakal Didirikan Di Sarawak? Gambar Kilang Gardenia Di Asajaya Tular Bikin Netizen Teruja, Tapi Benarkah Ia Bakal Didirikan Di Sarawak?

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

BeFunky collage 87 SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia
Cerita Borneo

SEA Games 2022: Atlet Wushu Sarawak, Clement Ting Sumbang Emas Ke-10 Malaysia

13 Mei 2022
Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak
Cerita Borneo

Buka Pendaftaran Untuk Vendor Makanan, Shopee Beri Bayangan Bakal Lancar ShopeeFood Di Sabah Sarawak

13 Mei 2022
Bukan Kali Pertama Terjadi Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!
Cerita Borneo

Bukan Kali Pertama Terjadi, Pancuran Air Di Waterfront Sekali Lagi Dipenuhi Buih!

13 Mei 2022
Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui
Cerita Borneo

Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui

13 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?